Monday 18 July 2011

juvana cetus fenomena terbaru




BUKAN hanya impak dari segi populariti tetapi Juvana juga telah berjaya menjalinkan ukhuwah sesama mereka.



DRAMA bersiri popular, Juvana yang mula ditayangkan pada 25 April lalu di TV3 sememangnya telah mencetus fenomena baru dalam penyiaran televisyen negara.
Ia bukan sekadar omongan kosong sebaliknya ia dapat dibuktikan dengan rating yang dicatatkan oleh AC Nielsensetiap minggu.
Episod pertamanya sahaja telah mencatatkan jumlah penontonan sebanyak 2.4 juta sekali gus meletakkan karya terbitan Filmscape Sdn. Bhd., itu sebagai salah sebuah drama bersiri popular.
Bermula daripada episod kedua sehingga ke-12, Juvanaterus menjuarai carta AC Nielsen sebagai rancangan yang paling ramai ditonton dengan purata hampir tiga juta penonton setiap minggu.
Impak yang terhasil daripada Juvana juga bukan sedikit sehingga kesemua pelakon yang membintangi drama bersiri itu sudah berupaya mengumpul peminat mereka sendiri.
Ternyata pertaruhan Filmscape meletakkan 12 pelakon baru untuk menerajui Juvana dilihat telah berjaya sekali gus membuktikan bahawa karya yang bagus bukan terletak kepada populariti seseorang pelakon itu semata-mata.
Sebaliknya, ia juga terletak kepada jalan cerita yang memiliki sentuhan segar selain menepati cita rasa penonton terutama golongan muda.
Terasa waktu begitu pantas berlalu sehingga tidak disedari, Juvana yang mendapat sentuhan Faisal Ishak selaku pengarah itu sudah sampai ke kemuncaknya.
Untuk episod kemuncak malam ini, penonton setia Juvana bakal menyaksikan kesudahan konflik yang berlaku di Sekolah Wira Bakti dengan kejutan yang menanti.
Hits berkesempatan mencuri masa empat pelakon utama Juvana iaitu Zahiril Adzim, Syazwan Zulkifly, Johan As'ari dan Adam Shah untuk disatukan dalam sesi fotografi sempena episod kemuncak Juvana yang akan ditayangkan malam ini pukul 9 malam di TV3.


ps:kne tgk mlm ni, episod akhir..hehee

No comments:

Post a Comment