Thursday 21 July 2011

gempar, UFO piramid gergasi diruang udara Rusia

Kemunculan sebuah piramid raksasa melintasi udara Kremlin negara Russia, menggemparkan warga Rusia. Piramid raksasa menimbulkan spekulasi bahawa benda tersebut merupakan pesawat ruang angkasa UFO. Para saksi yang menyaksikan objek terbang tersebut membandingkan dengan kapal empayar (Imperal Cruise) dalam filem Star Wars. Mereka menganggarkan lebar benda itu mencapai satu batu.
piramid3 UFO Piramid Raksasa Terbang Di Rusia
piramid2 UFO Piramid Raksasa Terbang Di Rusia
piramid31 UFO Piramid Raksasa Terbang Di Rusia
Menurut akhbar Telegraph, dua video yang memaparkan gambar benda aneh itu telah dimainkan berulang-ulang dalam tayangan televisyen di Russia. Satu gambar bergerak diambil pada malam hari dari sebuah kereta dan satu video pada siang hari. Kedua-dua tayangan video dilakukan oleh para amatur. Pesawat tersebut dikatakan telah terbang selama beberapa jam di Lapangan merah di ibu negara Rusia. Tayangan ‘pencerobohan alien’ ini juga menjadi gambar yang paling anda cari dalam laman carian Youtube di Rusia. Kerajaan Rusia belum lagi mengenalpasti bentuk pesawat tersebut. Walau menurut khabar, benda itu adalah merupakan UFO, tetapi polis Rusia enggan mengulas lanjut.
Nick Pope, bekas penganalisis di Kementerian Pertahanan UFO mengatakan kemunculan piramid raksasa merupakan salah satu video UFO yang paling aneh. “Pada mulanya saya berfikir itu hanya sebuah bayangan. Tapi benda itu dilihat bergerak ke belakang dan mempunyai kekuatan. Kejadian itu mematahkan teori bayangan,” kata Pope.
Editor majalah angkasa Jane ‘s News mengatakan dia tidak mengetahui jenis benda melayang tersebut.

No comments:

Post a Comment