Saturday 23 July 2011

penyanyi british, Amy Winehouse meninggal dunia

Penyanyi British, Amy Winehouse, yang kisah hidupnya dibayangi masalah arak dan dadah tetapi berbakat besar, ditemui mati di kediamannya di utara London semalam, kata perkhidmatan kecemasan.
Beliau yang terkenal dengan rambut hitam bersanggul tinggi itu hanya berusia 27 tahun.
Penyanyi lagu-lagu genre soul dan pemenang Anugerah Grammy itu kerap dilaporkan menghadapi masalah dengan penagihan dadah, sebagaimana digambarkan dalam single popularnya, “Rehab”.
Polis berkata, pihaknya menyifatkan kematian Winehouse sebagai “belum terjawab.”
“Kami (polis) dihubungi pada 3:54 petang (10:54 malam waktu Malaysia) untuk ke alamat di Camden Square,” kata jurucakap Perkhidmatan Ambulans London (LAS) semalam.
“Kami menghantar dua ambulans berserta petugas, malangnya pesakit tersebut sudah meninggal. Kedua-dua ambulans tiba dalam masa lima minit.”
Tiada komen atau reaksi awal daripada ejen-ejen penyanyi berkenaan.
Nama Winehouse melonjak ke persada seni selepas menggondol lima Anugerah Grammy pada 2006, hasil album keduanya, “Back to Black” dan single popular, “Rehab”. – AFP

No comments:

Post a Comment