Saturday 23 July 2011

80 ditembak mati, 7 terkorban bom di norway

80 Ditembak Mati 7 Terkorban Dalam Letupan Bom 80 Ditembak Mati, 7 Korban Dalam Letupan Bom
OSLO, NORWAY – Seorang rakyat Norway yang menyamar sebagai pegawai polis dipercayai menembak mati sekurang-kurangnya 80 pekhemah di sebuah pulau dekat sini, Sabtu.
Menurut Pengarah Polis, Oystein Maeland, pihaknya hanya menyedari pembunuhan beramai-ramai itu berlaku beberapa jam selepas berlakunya satu letupan di sini yang mengorbankan tujuh orang.
Katanya, polis berjaya menemui banyak mayat dan menganggarkan jumlah mangsa mungkin meningkat.
“Ramai lagi yang cedera tetapi bilangan tidak diketahui buat masa ini,” katanya.
Polis percaya letupan tersebut dilakukan oleh suspek yang sama.
Setakat ini, polis berjaya menahan seorang suspek warga tempatan tetapi enggan mendedahkan namanya.
Sementara itu, badan penyiaran Norway, NRK mengenalpastikan suspek ialah Anders Behring Breivik, 32 dan berkata, polis menggeledah pangsapurinya di sini semalaman.
NRK dan lain-lain media menyiarkan foto suspek yang berambut perang muda dan bermata biru.
Seorang pegawai polis berkata siasatan awal menunjukkan suspek membuat serangan tersebut seorang diri dan ia tidak berkait dengan sebarang organisasi pengganas.
“Ia nampaknya kerja orang gila,” katanya. – AP 
lagi gambar:






No comments:

Post a Comment