Showing posts with label arsenal. Show all posts
Showing posts with label arsenal. Show all posts

Saturday, 10 September 2011

live stryming arsenal vs swansea



Thursday, 18 August 2011

melampau.. mengutuk islam punca pergaduhan mesut ozil dengan david villa



Pemain sensasi Barcelona iaitu David Villa mungkin mencetuskan kemarahan umat islam apabila dia menghina agama islam semasa perlawanan antara Barcelona vs Real Madrid yang dimenangi oleh Barca dengan keputusan 3-2.
Pertengkaran antara Mesut Ozil dengan Villa bermula apabila pemain Real, Marcelo membuat terjahan keras kepada pemain Barca iaitu Fabregas. Selepas itu, kesemua pemain campur tangan sehingga Villa mengeluarkan kata-kata yang menghina agama Islam. Ozil yang berang tindakan Villa itu terus bertengkar dengan Villa.

Kenyataan Mesut Ozil :-
I was defending my religion, because David Villa insulting Islam! – Mesut Ozil
So, kita sokong lah pemain bola yang beragama islam terutama Mesut Ozil ini. David Villa nama je pemain startapi tidak hormat agama Islam, buat apa. Kalau nak boikot dia lagi baik.
Disamping itu, pemain baru Barca, Fabregas menyindir pengurus Arsenal iaitu Wenger dengan menyatakan bermain di Barca lebih baik daripada bermain di Arsenal kerana tidak sampai 48 jam dia berada di Barca, dia sudah mendapat piala.




Saturday, 13 August 2011

live stryming newcastle vs arsenal

game pembukaan arsenal dan newcastle united..
hope korang enjoy~

Monday, 18 July 2011

gervinho teruja sertai arsenal

GERVINHO telah melengkapkan perpindahan ke Arsenal semalam.



LONDON - Penyerang Ivory Coast, Gervinho menyertai Arsenal dari kelab Perancis, Lille semalam.
Kelab Liga Perdana England itu mengumumkan Gervinho menandatangani satu kontrak jangka panjang, manakala media Britain melaporkan perpindahan tersebut menelan belanja £11 juta (RM53 juta).
"Ia adalah satu perasaan yang hebat untuk menjadi sorang pemain Ar- senal," kata pemain berusia 24 tahun yang membantu Lille memenangi gelaran Liga Perancis dan dua piala musim lalu selepas meledakkan 15 gol daripada 40 perlawanan.
"Saya berasa sangat gembira. Saya sering kali memasang impian untuk bermain bersama kelab ini. Kini, saya berjaya mencapai impian itu. Ia adalah salah satu hari yang paling menarik dalam hidup saya."
Gervinho berkata, pengurus Arsenal, Arsene Wenger antara faktor utama dia mengambil keputusan untuk berpindah ke London.
"Saya berasa sangat gembira untuk bekerjasama dengan Wenger.
"Saya datang ke sini (Stadium Emirates) kerana saya yakin beliau (Wenger) mampu meningkatkan corak permainan saya dan membantu saya sampai ke satu tahap yang lain.
"Tetapi apa yang lebih penting, saya akan memberi impak kepada pasukan yang saya impikan untuk bermain."
Gervinho meledakkan 36 gol dari- pada 93 penampilan sepanjangd ua musim bersama Lille.
Dia turut menjadi kapten Ivory Coast pada Sukan Olimpik 2008 di Beijing, China dan mewakili pasukan kebangsaan negara itu pada kempen Piala Dunia 2010 dan meledakkan dua gol daripada tiga penampilan selaku pemain simpanan dalam aksi kelaya- kan ke pusingan akhir.
Setakat ini, dia telah menjaringkan enam gol daripada 27 penampilan untuk pasukan kebangsaan negara itu.
Gervinho lahir dari Akademi Remaja Ivory Coast, ASEC Mimosas iaitu akademi yang sama dengan rakan sepasukan baharu di Arsenal, Emmanuel Eboue sebelum menyertai pemain pertahanan kanan itu ke kelab Belgium, KSK Beveren. - AFP

Wednesday, 13 July 2011

malaysia kecundand di tangan arsenal



PENYERANG Malaysia, Ahmad Fakri Saarani diasak keras oleh pemain pertahanan Arsenal, Thomas Vermaelen pada perlawanan persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.


SKUAD bola sepak kebangsaan gagal mencipta kejutan apabila tewas 0-4 kepada kelab Liga Perdana England, Arsenal pada aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.
Di hadapan 65,000 penonton yang majoritinya berjersi merah sambil dicelah-celah mereka terselit penyokong berjersi kuning, empat jaringan skuad The Gunners itu dijaringkan Aaron Ramsey, Theo Walcott, Carlos Vela dan Tomas Rosicky.
Tiada kelibat Robin van Persie, Samir Nasri, Bacary Sagna dan Andrei Arshavin dalam kesebelasan Arsenal, sebaliknya pengurus The Gunners, Arsene Wenger membariskan Ryo Miyaichi, Carl Jenkinson, Thomas Vermaelen dan Marouane Chamakh.
Jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal pula meletakkan penjaga gol ketiga, Nasril Nourdin dalam kesebelasan utama dan hanya memasukkan Khairul Fahmi Che Mat selepas rehat.
Menerusi serangan pertama ke arah pintu gol Malaysia pada minit keempat, Arsenal berjaya memperoleh sepakan penalti setelah Aidil Zafuan Radzak menjatuhkan Jack Wilshere.
Ramsey yang mengambil sepakan penalti itu mudah menewaskan Nasril untuk gol pertama Arsenal.
Malaysia hanya melakukan serangan sulung pada minit kelapan, tetapi hantaran lintang Asraruddin Putra Omar mudah ditanduk Alex Song ke arah penjaga golnya, Wojciech Szczesny.
Pada minit ke-24, stadium bergema seketika apabila sepakan percuma kapten Malaysia, Safiq Rahim dari sebelah kanan hampir memerangkap Szczesny yang terpaksa melompat untuk menepis bola ke belakang.
Namun kelekaan pertahanan Malaysia dihukum pada minit ke-36 apabila hantaran lintang Wilshere berjaya disudahkan dengan lambungan kemas oleh Walcott untuk kedudukan 2-0.
Bermula babak kedua, Wenger melakukan lapan pertukaran sementara Rajagobal hanya memasukkan Khairul Fahmi dan Abdul Hadi Yahaya menggantikan Nasril dan Ahmad Fakri Saarani.
Kehebatan Arsenal ternyata sukar dibendung apabila mereka berjaya memperoleh gol ketiga hasil penyudah kemas penyerang gantian, Vela pada minit ke-58.
Pada minit ke-67, Wenger mula melakukan empat pertukaran serentak memasukkan Van Persie, Nasri, Sagna dan Arshavin.
Arsenal melengkapkan malam gemilang mereka dengan gol keempat menerusi Rosicky pada minit ke-90.
kosmo!

tiada siaran langsung malaysia vs arsenal


KUALA LUMPUR  – Sah! Tidak akan ada sebarang siaran langsung untuk pertemuan antara Malaysia menentang Kelab Inggeris, Arsenal malam ini.
Sebaliknya, pihak Astro melalui kiriman email kepada pihak media memaklumkan, perlawanan berkenaan akan disiarkan secara tertunda.
Jadual seperti berikut:
14 Julai (Khamis) : Astro Super Sport (811) – Pukul 9 Malam.
15 Julai (Jumaat) : Astro Arena  (801) – Pukul 8.30 Pagi dan 4 Petang.
Ketiadaan siaran langsung akibat syarat penganjur bahawa jualan tiket perlu melepasi tahap 90 peratus untuk membolehkan siaran langsung dibenarkan.

p/s anda boleh juga tgk live stryming kat sini  http://copaamerica2011video.blogspot.com/2011/07/arsenal-vs-malaysia-xi-live-stream.html

atau di sini
http://www.enciknakal.com/2011/07/live-streaming-malaysia-vs-arsenal-2011.html

Tuesday, 12 July 2011

malaysia tidak goyang dengan arsenal


SAFIQ (No. 8) bertekad membantu skuad Harimau Malaya mencipta kejutan ke atas Arsenal pada aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.



BERDEPAN bintang-bintang Arsenal bertaraf dunia bukan bermakna para pemain skuad bola sepak kebangsaan tidak berupaya untuk menandingi kehebatan mereka di atas padang.
Kapten skuad kebangsaan, Safiq Rahim melaungkan keyakinan untuk memastikan tentangan hebat diberi kepada kelab Liga Perdana England, Arsenal pada aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.
“Walaupun mereka (pemain Arsenal) semuanya berstatus bintang dunia tetapi itu tidak bermakna kita tak mampu menandingi mereka.
“Apa yang diharapkan esok (hari ini) ialah supaya kami dapat mencipta satu kejutan.
“Peluang ini bukan senang nak dapat. Tak semua pemain dapat peluang seperti ini dan harap rakan-rakan sepasukan memanfaatkannya,” kata Safiq ketika ditemui selepas sesi latihan di Stadium Nasional petang semalam.
Safiq, 24, yang bakal mengemudi jentera tengah sku- ad kebangsaan sama ada bersama Amar Rohidan atau Shakir Shaari, kini berada pada prestasi terbaik.
Pada dua aksi terakhir bersama skuad kebangsaan iaitu bertemu Taiwan pada pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2014, Safiq telah menjaringkan satu gol pada aksi pertama di Bukit Jalil dan aksi kedua di Taipei.
“Saya berharap dapat bela- jar sesuatu apabila berdepan lawan kuat seperti Arsenal ini. Kami akan cuba yang terbaik dan kalau ada rezeki saya mahu menjaringkan gol,” jelas pemain tengah Selangor itu.
Sementara itu, jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal terpaksa menyimpan suaranya untuk memberi arahan sepanjang 90 minit perlawanan malam ini setelah mengalami masalah sakit tekak semalam.
“Tak kisahlah (jika Arsenal memandang rendah). Yang penting saya mahu pemain beraksi dengan baik dan dari situ nanti barulah kita akan mendapat pengiktirafan dari- pada Arsene Wenger (pengurus Arsenal).
“Buat para penyokong yang akan ke stadium, harap semua rakyat Malaysia memberikan sokongan padu sambil hadir dengan memakai jersi Malaysia sama ada kuning atau biru,” kata Rajagobal

kosmo!

Monday, 11 July 2011

peh! menganjing siot..


"SAYA tak pernah menonton (rakaman video aksi skuad kebangsaan Malaysia). Jadi ia akan menjadi satu pengalaman baru buat saya."
Demikian pengakuan jujur pengurus Arsenal, Arsene Wenger ketika diajukan soalan itu pada sidang media di Hotel Saujana, Subang petang semalam.
Malah dua pemain Arsenal, Robin van Persie dan Bacary Sagna yang dibawakan khas untuk ditemu bual media tempatan turut menyatakan mereka langsung tidak mengetahui latar belakang skuad kebangsaan kendalian Datuk K. Rajagobal.
"Saya tak tahu (tentang skuad Malaysia)," kata van Persie.
Sagna pula berkata: "Saya juga langsung tak tahu tetapi sudah tentu apabila ia se- buah skuad kebangsaan, para pemainnya adalah yang terbaik."
Situasi tersebut mengundang tanggapan bahawa Wenger dan anak-anak buahnya seolah-olah memandang rendah reputasi skuad kebangsaan yang kini merupakan 'Raja Asia Tenggara' setelah menjuarai Sukan SEA 2009 dan Piala Suzuki AFF 2010.
Ia pasti mampu membakar semangat para pemain kebangsaan untuk 'mengajar' keangkuhan Wenger itu dengan berusaha mencipta kejutan menewaskan Arsenal di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam esok.
Dalam pada itu, Wenger pada sidang media yang sama menyuarakan keyakinan bahawa Arsenal akan memastikan Cesc Fabregas dan Samir Nasri terus kekal bersama kelab itu meskipun diburu Barcelona, Manchester United dan Manchester City.
"Adakah Fabregas akan terus bersama Arsenal? Saya kata ya. Keduanya, adakah dia akan menandatangani kontrak baru? Saya harap ya tetapi bukan saya yang me- nentukannya.
"Saya rasa Fabregas cukup sayangkan kelab ini dan kami cukup berharap dia akan kekal. Nasri juga gembira bersama kami dan memberikan komitmen yang baik," ujar Wenger.
Jelas beliau lagi, Arsenal tidak bercadang untuk membeli pemain baru di posisi perta- hanan kiri selepas Gael Clichy berhijrah ke Manchester City.
"Saya sudah memiliki Thomas Vermaelen, Armand Traore dan Kieran Gibbs. Jadi tiada keperluan untuk membeli pemain baru di posisi itu," katanya.
sumber kosmo!

Saturday, 9 July 2011

fabregas x ikut


LONDON – Peminat setia pasukan Arsenal di Asia pasti kecewa kerana bintang sensasi skuad tersebut, Cesc Fabregas tidak akan menyertai siri jelajah Asia kelab itu selepas mengalami masalah kecederaan.
Perkara tersebut disahkan oleh pengurus skuad The Gunners, Arsene Wenger.
Kapten Arsenal itu yang dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona pada musim depan mengalami masalah kekejangan otot ketika menjalani latihan.
Situasi tersebut sekali gus menyaksikan Fabregas yang merupakan perancang antarabangsa Sepanyol tidak akan terbang ke Malaysia hari ini.
“Fabregas tidak akan menyertai kami dalam siri jelajah ke Asia kerana mengalami masalah kekejangan otot.
“Dia akan tinggal di sini (London) dan terus menjalani latihan seperti biasa di sini,” kata Wenger.
Pada siri jelajah Asia kali ini, Arsenal bakal mengadakan dua perlawanan di Kuala Lumpur dan China sebelum berlepas ke Eropah. - AFP

Tuesday, 5 July 2011

fabregas kembali melapor di arsenal


Cesc Fabregas kembali melapor kepada Arsenal dengan Barcelona masih tertangguh berhubung peralihan ke Nou Camp. 
Kapten Arsenal itu mengharapkan perjanjian dapat ditandatangani dan dimeterai sekarang. 
Dia tidak menjangkakan untuk kembali selepas bercuti di Sepanyol, namun telah diarahkan terbang ke London. 
Fabregas, 24, akan menjalani siri ujian kecergasan dan dijangka sedia ketika latihan pra-musim disambung sepenuhnya hari ini. 
Ujian besar Barcelona adalah untuk cuba melengkapkan peralihan sebelum skuad Arsene Wenger ke Kuala Lumpur minggu depan bagi memulakan lawatan Far East mereka. Gergasi Catalan, yang minggu lalu membuat tawaran kedua £34 juta, mesti kembali dengan wang tunai lebih banyak bagi memenuhi permintaan Arsenal. 
sumber:wisel.com 

wenger akan belanja besar untuk penyerang wolves



Arsene Wenger membariskan tawaran £12 juta bagi striker Wolves, Kevin Doyle ketika Arsenal akhirnya bersedia untuk berbelanja besar. 
Wenger mensasarkan Doyle untuk peralihan mengejut ke Emirates dan akan menguji penyelesaian Mick McCarthy untuk mengekalkan pemain antarabangsa Republik Ireland itu pada musim panas ini. 
Doyle berada di kedudukan tertinggi dalam senarai perpindahan Arsenal dan Wenger mahukannya menerajui Gunner baru yang akan berteraskan gaya British. 
Gary Cahill dan Scott Parker merupakan sasaran lain dan Arsenal kini bersedia menyempurnakan minat lama mereka terhadap Doyle dengan tawaran besar. 
Wenger adalah peminat besar pemain berusia 27 tahun itu dan diapertama kali berada dalam radar semasa play-off Ireland dalam Piala Dunia dengan Perancis pada November 2009. Bos Arsenal kini sedia menawarkan dia peluang menjadi sebahagian daripada era baru Arsenal dalam tempoh 18 bulan akan datang. 
Doyle, yang ditandatangani dari Reading dengan bayaran rekod kelab sebanyak £6.5 juta pada 2009, kini separuh jalan menuju kontrak empat tahun dan Wolves berminat membuka lebih banyak rundingan yang lebih baik. 

sumber:wisel.com

kemarau trofi buat nasri berubah hati?

                                             



LONDON - Kegagalan melakar sebarang kejayaan adalah antara faktor utama yang membuatkan perancang Arsenal, Samir Nasri berhasrat untuk berhijrah.
Malah dia turut menegaskan bahawa ia bukanlah disebabkan keinginan untuk menerima gaji yang tinggi.
Nasri yang juga merupakan perancang antarabangsa Perancis kini dikaitkan dengan perpin- dahan ke Manchester United dan Manchester City.
"Duit bukan motivasi buat diri saya. Saya sering kali membuat keputusan berdasarkan perkembangan semasa dalam bola sepak.
"Saya tidak mahu menandata- ngani kontrak bersama kelab yang mana saya tidak boleh beraksi dengan corak permainan yang saya suka, saya tidak gembira dan hanya semata-mata kerana duit.
"Sebagai pemain, kami semua telah menerima gaji yang tinggi. Matlamat utama adalah untuk mengembangkan lagi karier kami dan memenangi trofi kejuaraan.
"Ia sangat penting daripada perkara-perkara lain. Saya tahu nilai sebenar duit," jelas Nasri.
Kontrak Nasri bersama skuad The Gunners bakal tamat pada penghujung tahun depan. - Agensi

sumber:kosmo