Friday 22 July 2011

pelajar 13 tahun kantoi melakukan hubungan seks di kawasan sekolah

 Pelajar 13 Tahun Nekad Melakukan Hubungan Seks Dalam Kawasan Sekolah
Dua pelajar berusia 13 tahun dibuang daripada sebuah sekolah elit di Bedales School di England kerana melakukan hubungan intim di lokasi penggalian pasir dalam lingkungan sekolah. Selain itu mereka juga dibuang daripada sekolah tersebut kerana dipercayai mencuri wiski dari Pasar Waitrose.
Skandal seks dan minuman keras kini menjadi pusat perhatian di sekolah termahal ini. Sekolah berasrama dengan keluasan 120 hektar ini mengenakan bayaran sebanyak 30 ribu poundsterling setiap tahun.
Kejadian memalukan ini terjadi dalam kawasan sekolah pada waktu pembelajaran pada hari terakhir semester. Dalam surat kepada ibu bapa pelajar, Pengetua Sekolah Bedales, Keith Budge menulis, “Pada hari terakhir semester, empat pelajar dari Blok Tiga terlibat dalam siri tindakan tidak berdisiplin, bermula apabila salah seorang daripada mereka mencuri sebotol wiski dan berakhir di kawasan penggalian pasir di Petersfield.
“Setelah siasatan rasmi atas insiden ini dan bertanya di sidang disiplin, saya meminta tiga pelajar ini (dua lelaki dan seorang perempuan) agar meninggalkan sekolah ini. Seorang pelajar dibuang kerana mencuri, sementara dua yang lain kerana masalah tatasusila, “jelasnya.
Mengenai hal ini, Budge turut mengkritik masalah sosial di internet dan bahaya yang menghantui para remaja yang mendapat akses di media sosial. Seorang guru yang tidak membenarkan namanya disebut juga menulis kebimbangan atas krisis yang berlaku di sekolahnya kepada ibubapa pelajar.
“Sebagai ibu bapa anda perlu bertanya, siapa yang telah kehilangan pekerjaan atas skandal yang terjadi pada pelajar berusia 13 tahun yang mengambil ubat-ubat, mabuk, dan melakukan perhubungan intim di kawasan sekolah pada waktu persekolahan? Pemerhatian yang kurang (terhadap pelajar) menjadi sesuatu yang amat mengejutkan, maka anda harus mengajukan soalan tentang keselamatan anak-anak anda dan mengapa guru-guru dan kakitangan di sekolah ini terus terpelihara,” tulis guru.
Sementara itu, polis wilayah Hampshire menyatakan telah berunding dengan pihak berkuasa untuk membincangkan masalah ini. – Telegraph

No comments:

Post a Comment