Friday 22 July 2011

saman AXE sebab tak dapat pikat wanita

image001 Saman AXE Kerana Tidak Dapat Pikat Perempuan
New Delhi, Seorang lelaki india berusia 26 tahun menyaman syarikat HUL (Hindustan Unilever Limited), yang memasarkan produk wangian lelaki AXE, dengan tuduhan telah menipu dan menyebabkan ‘penderitaan mental’.
Lelaki tersebut menyebut kegagalannya untuk memikat gadis, meskipun dia telah menggunakan produk AXE selama lebih dari tujuh tahun sampai sekarang. Iklan AXE menunjukkan bahawa produk-produk itu dapat membantu kaum lelaki untuk menarik perhatian wanita.
Vaibhav Bedi, lelaki india tersebut juga menyerahkan semua bukti ke mahkamah dari semua produk yang telah digunakan maupun yang belum terpakai, yang berupa deodorant sprays, perfume sticks and roll-ons, anti-perspirants, aftershaves, body washes, shampoos dan hair gels dengan jenama AXE.
Vaibhav Bedi juga meminta agar semua produk itu diperiksa di makmal. “Jadi bagaimana kesannya kepada Axe Effect?” Saya sudah menunggu selama lebih dari tujuh tahun. Sejak kuliah sampai dengan saya bekerja di pejabat, tidak ada seorang pun gadis yang mahu saya ajak berdating malah hanya untuk minum teh atau kopi dengan saya.
Meskipun saya yakin mereka boleh mencium bau parfume, deodorant dan aftershaves yang saya pakai. Saya selalu menggunakan produk itu dengan harapan boleh menjadi seperti apa yang terjadi pada iklan di TV.
Vaibhav mendakwa bahwa dia telah menggunakan semua produk AXE sesuai arahan yang ada sejak dia pertama kali membelinya. Dia berpendapati jika dia tidak boleh mengalami AXE Effect meskipun telah menggunakan produk sesuai mengikut petunjuk, maknyanya syarikat terbabit telah menipu atau menjual produk palsu.”
Saya selalu menyimpannya di tempat sejuk dan kering,dan menjauhkannya daripada terkena cahaya matahari atau panas. Saya selalu menggunakan penggaris sebelum menyemburkan untuk memastikan bahawa jarak antara nozzle dan ketiak saya adalah sekurang-kurangnya 15 cm.
Saya selalu menggunakan kesesuaiannya mengikut petunjuk pemakaian .Saya juga turut memukul anak saudara saya yang berusia 5 tahun kerana mendekati almari saya, sesuai dengan arahan yang menyatakan agar menjauhkan AXE dari jangkauan anak-anak.
Vaibhav mendakwa bahwa dia telah mengalami banyak penderitaan mental dan penghinaan di depan awam kerana tiada AXE Effect dan dia ingin agar syarikat AXE membayar ganti rugi kepadanya untuk semua penderitaan tersebut.
image0021 Saman AXE Kerana Tidak Dapat Pikat Perempuan
Vaibhav Bedi
p/s: hensem jugak.. agak2 org msia ade terpikat x?

No comments:

Post a Comment