Sunday 24 July 2011

elaun yang dipertuan agong, sultan dan kerabat diraja

agong2 Elaun Yang Dipertuan Agong, Sultan Dan Kerabat Diraja Malaysia.
Malaysia adalah sebuah negara di dunia yang paling banyak sultan. Walaupun kita masih mengekalkan institusi raja sebagai payung kepada rakyat. Adakah institusi ini akan terus bertahan dan berkekalan pada masa akan datang? Jika tidak, suatu hari nanti negara Malaysia akan menjadi sebuah republik. Kita akan memilih seorang presiden dari rakyat biasa sebagai pemerintah yang mutlak mengantikan Yang Dipertuan Agong. Apabila terjadi, maka adakah bangsa melayu akan hilang identitinya sendiri?
securedownload2 Elaun Yang Dipertuan Agong, Sultan Dan Kerabat Diraja Malaysia.
Thailand King Bhumibol Adulyadej. No. 1 terkaya di dunia dengan nilai $30 Billion
securedownload 12 Elaun Yang Dipertuan Agong, Sultan Dan Kerabat Diraja Malaysia.
Brunei Sultan Haji Hassanal Bolkiah. No.2 terkaya di dunia dengan nilai $20 Billion
securedownload 22 Elaun Yang Dipertuan Agong, Sultan Dan Kerabat Diraja Malaysia.
Saudi Arabia's King Abdullah bin Abdulaziz Al Saud. No.3 Terkaya di dunia dengan nilai $18 Billion
Elaun untuk Agong dan Permaisuri Agong
Ini adalah dibawah Undang-undang Malaysia Akta 269 (Akta Peruntukan Diraja 1982) bagi bajet tahunan bagi Agong yang mana ia akan dibayar secara bulanan kepada Agong. Tahun 2006, terdapat usul kenaikan gaji Agong bersama-sama terhadap pemaisuri Agong yang mana telah diluluskan.
Jumlah sebulan Agong ialah RM87,880.
  1. Privy Purse – RM608,400 (atau RM50,700 sebulan)
  2. Entertainment allowance – RM202,800 (atau RM16,900 sebulan)
  3. Istana Negara Royal Allowance – RM243,360 (atau RM20,280 sebulan)
Jumlah sebulan Pemaisuri Agong ialah RM16 339.
  1. Privy Purse – RM113,568 (atau RM9,464 sebulan)
  2. Entertainment allowance – RM36,504 (atau RM3,042 sebulan)
  3. Istana Negara Royal Allowance – RM46,800 (atau RM3,833 sebulan)
Selain daripada tu, setiap tahun Agong akan memperolehi lebih RM53 juta bagi menampung perbelanjaan istana, sambutan tetamu dan juga kos pemberian gaji kakitangan istana. Pecahan perbelanjaan di istana adalah seperti berikut :
  1. Perbelanjaan istana dan sambutan tetamu – RM52,259,100
  2. Gaji kakitangan istana – RM1,004,880
  3. Bounty Diraja, pemberian dan khidmat khas – RM50,000
Elaun untuk bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong
Rupanya setiap bekas Agong yang mengikut giliran akan turut menerima elaun bekas Agong dan bekas pemaisuri Agong. Ini sudah tertakluk di bawah peruntukkan undang-undang-undang Malaysia Akta 270 (Akta Istana Negara Elaun-elaun Diraja 1982) pindaan 2006. Dibawah akta ni juga elaun akan dibayar kepada bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong setiap bulan bagi tempoh seumur hidup.
pic18636 Elaun Yang Dipertuan Agong, Sultan Dan Kerabat Diraja Malaysia.
Pencen khas untuk balu Pemaisuri Agong
Elaun sebegini adalah pencen untuk balu Pemaisuri Agong. Contohnya jikalau kalau Agong tu mangkat semasa baginda sedang memgang tugas sebagai Agong, jadi pemaisuri Agong yang sudah menjadi balu akan turut menerima pencen seperti ini yang tertakluk di bawah Undang-undang Malaysia Akta 223 (Akta Pencen Khas Raja Permaisuri Agong 1979).
Yang Amat Mulia Bekas Permaisuri Siti Aishah kini tinggal bersama ibu dan bapa beliau, Datin Seri Shamshina A. Rahman dan Lt-Kol Datuk Seri Abdul Rahman Mohd Yatim di Carcosa Seri Negara
  1. Pencen seumur hidup – RM4,500 sebulan.
  2. Kereta (cukai jalan dan bayaran pendaftaran percuma) atau wang pukal RM250,000 untuk kereta. Juga dapat RM2,590.87 sebulan untuk driver dan penyelenggaran kenderaan
  3. Rumah Kerajaan yang akan disenggara oleh Kerajaan atau wang pukal RM750,000
Boleh dikatakan di Malaysia, kebanyakan Sultan sudah merasa menjadi Agong. Selain memperolehi elaun Sultan mereka turut menikmati elaun bekas Agong setiap bulan iaitu :
  1. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Agong – RM15,180 sebulan
  2. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Permaisuri Agong – RM4,500 sebulan
Elaun Sultan dan kerabat Diraja
Elaun untuk Sultan dan kerabat diraja di setiap negeri adalah di bawah peruntukkan negeri masing-masing. Setiap negeri ada Enakmen Peruntukan Diraja. Jumlah yang elaun Sultan Kedah ada sebanyak RM68,080 sebulan:
  1. Elaun Sultan – RM52,600 sebulan
  2. Elaun keraian Sultan = RM15,480
Manakala jumlah yang diterima oleh Sultanah adalah sebanyak RM14,600 sebulan.
  1. Elaun Sultanah – RM12,000 sebulan
  2. Elaun peribadi Sultanah – RM2,600 sebulan
Elaun-elaun lain yang diterima kerabat Diraja di Malaysia setiap bulan adalah seperti berikut:
  • Raja Muda – RM13,000
  • Raja Puan Muda – RM5,200
  • Tunku Bendahara – RM4,000
  • Isteri Tunku Bendahara – RM1,250
  • Tunku Temenggung – RM3,500
  • Isteri Tunku Temenggung – RM900
  • Tunku Laksamana – RM3,000
  • Isteri Tunku Laksamana – RM600
  • Anak-anak Sultan – RM1,000

No comments:

Post a Comment