Monday 18 July 2011

membongkar misteri Dajal

dajjal Membongkar Misteri Dajjal
Sedikit fakta – fakta dan dalil – dalil  tentang kemunculan Dajjal yang diperolehi dari sebuah buku yang bertajuk “Membongkar Misteri Dajjal” karya Muhammad Nuraini Maarif. Segala yang tercatat di sini adalah cebisan daripada isi kandungan buku ini.
Berikut adalah kronologi perjalanan kehidupan Dajjal dari sumber hadis Nabi dan himpunan kata-kata para nabi yang ditemui oleh Muhammad Isa Daud (Pengarang Buku Dajjal Akan Muncul Dari Kerajaan Jin di Segitiga Bermuda)
“Dia (Dajjal) dilahirkan dengan penuh keanehan (penampilan fizikalnya) hasil pengaruh jin atau syaitan (menurut sesetengah pendapat ulama kelahirannya adalah hasil pencantuman benih manusia dan jin).

Dia lahir sekitar zaman Nabi Sulaiman A.S. (menurut pendapat Iman Al-Barzanji), dibesarkan tanpa ibubapa (dia dibawa pergi dari  ibubapanya setelah ramai mengesyaki keganjilannya dan diletakkan di bawah peliharaan seorang pendita di sebuah biara). Dia hidup terpisah dari keluarga.
Kemudian dengan ketentuan Allah, tanah kelahirannya ditimpa bencana akibat kemaksiatan yang berleluasa; namun atas sifat Rahman dan Rahim Allah, dia diselamatkan dari bencana kemusnahan itu dan dibawa tinggal di sebuah pulau di Laut Yaman serta hidup bersama makhluk Allah bernama Jassasah.
White Island 28766 20 lge 300x241 Membongkar Misteri Dajjal
Ketika dia mula dewasa, dia bebas keluar dan kembali ke pulau itu; dia mengembara sekitar benua berhampiran atas dorongan Allah untuk mencari kebenaran (menjadi janji Allah, setiap makhluk berakal lagi mukalaf akan didatangkan kalimah Al-Haq sebagai saksi dan hujah untuk berhadapan dengan-Nya di padang Masyar kelak)bertemu dengan para nabi antaranya Nabi Harun A.S. ,Nabi Harun A.S. dan Nabi Isa A.S. Namun dia tidak juga mahu menerima kebenaran.
Dia kembali ke pulau tempat tinggalnya setelah puas melihat kehidupan manusia dengan pelbagai pengetahuan baru. Apabila tiba saja ke pulau asalnya itu, dia ditangkap oleh Jassasah dan dipasung kerana telah lahir nabi akhir zaman, Muhammad S.A.W. (berdasarkan maklumat yang terhimpun dari lebaran purba). Dia tetap dipasung di situ serta diberi makan selayaknya.
1755702 431 300x185 Membongkar Misteri Dajjal
Dia bertanya mengapa diperlakukan begitu? Maka kata Jassasah; “Telah lahir seorang nabi yang ummi yang membawa rahmat ke seluruh alam dan ditahan segala bentuk fitnah..” lalu Jassasah memperincikan kisah kehidupan Nabi S.A.W. yang ummi itu.
Sungguh Dajjal tidak percaya dan mengatakan Jassasah adalah makhluk yang dengki di atas kelebihan yang ada pada dirinya. Maka dengan izin Allah, Dajjal menerima kunjungan Tamin Ad-Dari ketika di dalam pasungan [ Hadis dari Fatimah Al-Qais].
Hasil pertemuannya dengan Tamin Ad-Dari maka dia mengesahkan kata-kata Jassasah namun segala-galanya sudah terlewat kerana dia telah menjadi insan yang ingkar (kafir) seperti Iblis yang menolak perintah sujud kepada Adam A.S.
Pasungan dan ikatannya tererai ketika kewafatan Rasulullah S.A.W. dan dia meninggalkan pulau itu dengan niat tidak akan kembali lagi, bimbang akan dikenakan pasungan kali kedua (berdasarkan maklumat yang terhimpun dari lebaran kitab purba). Kemudiannya dia bebas mengembara (riwayat Ibnu Huzaimah di dalam ‘At-Tauhid dan Ath-Thabrani dalam Al-Muj’am’) dan mengembangkan segala fitnahnya.
Dia bertemu dan hidup dengan manusia silam serta mengajar mereka dengan pelbagai ilmu dan meninggalkan pelbagai tanda/monumen aneh;
- sebagai manusia misteri dalam tamadun Mayan – Jurubina sebenar Piramid Mayan
piramid mayan 300x225 Membongkar Misteri Dajjal
- sebagai Shi Huangdi (Maharaja Pertama China) – pembina Tembok Besar China, Piramid dan formasi patung  perajurit Terracotta
terracotta Membongkar Misteri Dajjal
- pembina Piramid Giza dalam tamadun Mesir Purba (logiknya, mengapa para arkeologi tidak berupaya menemukan bukti-bukti penggunaan teknologi dalam pembinaan sesuatu monumen hebat seperti itu)
giza Membongkar Misteri Dajjal
-  pembina bongkah batu misteri Stonehenge (batu-batu tersebut disusun sedemikian adalah di atas sumber mata-mata air yang tidak terbit, kita sedia maklum bahawa kemarau panjang selama 3 tahun akan berlaku pada waktu munculnya Dajjal)
stonehenge cloudy 300x202 Membongkar Misteri Dajjal
- Malah lebih mengejutkan, Merlin adalah Dajjal yang menyamar di alam manusia.  (Berdasarkan isi kandungan lain dalam buku ini).
Dia juga memberitahu para pengikutnya bahawa dia akan kembali satu hari nanti; dan kini dia diam dan berada di alam jin, bergaul dengan mereka demi memanjangkan usianya serta menjarakkan tempoh dan saat kemunculannya (pendapat penulis).
.
Realitinya ;
- Piramid dibina untuk memuatkan stargate (pintu gerbang yang menghubungkan alam manusia dengan alam jin)
- Adalah mustahil bagi tamadun terdahulu untuk memiliki pengetahuan yang hanya ditemuikan oleh ilmuan Islam pada abad ke-5 Masihi
- Kesemua watak yang dimainkan oleh Dajjal dalam tamadun terdahulu (Lord Pacal, Viracocha, Tutankhamun dan Shi Huangdi) sebagai wakil tuhan atau anak tuhan matahari. Penjelmaan Dajjal dalam tamadun ini adalah dalam bentuk manusia tua yang berjanggut.
- Dia menjanjikan kemunculan semula sesudah kematiannya (sebenarnya kembalinya dia ke alam jin) sebagai penyelamat di akhir zaman.
Dia hanya akan keluar setelah semua rancangannya tidak berjalan seperti dijangka. Dalam keadaan marah, dia mengatur saat kemunculannya ke alam dunia (hadis riwayat Muslim dan Ibnu Hibban dalam As-Shahih).
Dia menimbulkan huru-hara dunia dengan mencetuskan Perang Dunia melalui proksinya Iluminati dan Freemasons dan muncul ketika saat kemunculannya dinantikan di Khurasan (riwayat At-Tarmidzi, Ibnu Majah dan Al-Hakim di dalam ‘Al-Mustadarak’)

illuminati Membongkar Misteri Dajjal
Apabila ia muncul di dalam bentuk penyamaran dengan wajah seorang pemuda – mirip wajah seorang penyelamat yang kini digambarkan oleh penganut Kristian dan mengaku dirinya sebagai nabi – Isa al-Masih. Semua penganut Kristian dan Yahudi memang menanti kemunculan ‘The Messiah’. Maka mudahlah dia menghimpunkan kaum Yahudi, Kristian, Hindu, Buddha dan penganut Kabbalah di bawah nama ajaran baru – New Age, atheis, penganut ajaran kultus (cult) dan sebahagian besar umat Islam yang fasik.
Tidak ketinggalan juga, mereka yang terpengaruh dengan ajaran liberal dan modenersim (kajian penulis, bahkan hampir seluruh penghuni bumi terpengaruh dengan Dajjal. Selama dia hidup, dia berusaha untuk mempengaruhi seluruh penduduk bumi; muslim – mukmin tulen yang saya gambarkan di dalam bab ‘Keajaiban Surah Al-Khafi’).
Dia berkuasa selama 40 hari. (riwayat Muslim dari an Nawwas.)
Dia mula berkuasa dan menguasai setiap penjuru bumi. Dia meluaskan pengaruh dan tipu dayanya (hadis) dan berjuang menentang umat Islam. Namun umat Islam tetap kuat di bawah kepimpinan Imam Mahdi. Ketika umat Islam dikepung, Nabi Isa A.S. pun turun dan menamatkan kepungan itu lalu mengejar Dajjal dan membunuhnya. “ (Walahu’alam)
Inilah himpunan kisah Dajjal yang saya (penulis) tulis mengikut kronologi bersumberkan dari hadis Nabi, teks lama himpunan Muhammad Isa daud dan hasil penelitian serta kajian saya sendiri (penulis) sendiri dengan penuh sedar. Saya berdoa semoga bahan-bahan ini tidak termasuk dan tergolong dalam manipulasi cerita-cerita Israiliyyat.
Semoga usaha ini beliau mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.  Ini adalah hanya sedikit kandungan yang terkandung. Bagi meningkatkan lagi pemahaman, diharap dapat membacanya sendiri daripada buku ini.
Bibliografi : Muhammad Nuraini Maarif (2009), Membongkar Misteri Dajjal , HR Publishing, Petaling Jaya


Sumber: Membongkar Misteri Dajjal | Aku ISLAM http://akuislam.com/blog/kisah-tauladan/membongkar-misteri-dajjal/#ixzz1SSncubMB

No comments:

Post a Comment