Saturday 23 July 2011

5 jaringan bola sepak terhebat dunia


sempena kelayakan piala dunia malaysia menentang singapura kejap lagi, aku nak bagi sedikit info tentang 5 jaringan bola terhebat yang dirakam.. yang kat bawah ni aku copy je, hope korang enjoy~ TANAH TUMPAH DARAHKU!
Peminat bolasepak yang menyaksikan perlawanan Liga Perdana Inggerispastinya kagum dengan jaringan gol kedua Manchester United oleh Wayne Rooney ketika menentang Manchester City. Gol tersebut boleh disifatkan sebagai antara yang TERHEBAT pernah dirakamkan semenjak manusia mencipta kamera video. Bagi peminat bola seperti saya inilah antara detik yang kami nanti dan kekal dalam kenangan buat selamanya.  “A moment of brilliant” dari salah pemain yang menerima GAJI TERBESAR dalam sukan bolasepak ini. Sekaligus menutup segala kritikan yang dilemparkan oleh peminat-peminat Manchester United musim ini.
Apa yang HEBAT sangat pasal gol Rooney ini? Bagi pemain-pemain bolasepak atau bekas pemain bolasepak pastinya tahu akan tahap kesukaran melakukan aksi sebegitu. Suatu yang bekas pemain negara, Dollah Salleh suka lakukan ketika zaman kegemilangannya dulu. :D Namun, tahap kesukaran yang dilakukan oleh Rooney kali ini amat tinggi kerana bola yang dihentar kepadanya dalam keadaan melengkung (banana kick) dari Nani yang menyebabkan pemain-pemain pertahanan Manchester City yang berharga lebih £50 juta pun sukar menjangkakan arahnya.  Manakala “connection” atau sentuhan yang dibuat adalah aras yang tinggi (lihat video untuk melihat betapa tingginya kaki Rooney di udara) hinggakan Micah Richard membiarkan Rooney bersendirian kerana tidak menyangka penyerang Manchester United itu akan mampu menendang pada ketinggian tersebut.
Ketiga – ketepatan atau accuracy tendangan yang menakjubkan. Bola menerajah ke jaring sebelah atas kanan yang mana TIADA PENJAGA GOL DI DUNIA boleh menyelamatkan tendangan itu. Joe Hart hanya mampu melihat tanpa dapat berbuat apa-apa.  Keempat – kekuatan tendangan yang padu akibat dari sentuhan yang bersih (clean connection) pada kaki Rooney menjadikan bola pergi bagai peluru dan masuk dengan cantik ke penjuru kanan atas gol Manchester City.
Jaringan juga dibuat dalam satu perlawanan yang penuh dengan TEKANAN melibatkan dua pasukan yang MEMBENCI SATU SAMA LAIN dan dihadapan lebih 70,000 orang penonton di stadium dan berjuta lagi yang menonton di kaca TV. Ia juga dihasilkan ketika menentang pasukan yang pemain-pemainnya menelan belanja lebih £300 juta (hampir RM 1 billion).
Ok, cukup dengan gol Wayne Rooney. Balik kepada tajuk posting – 5 Jaringan Gol TERHEBAT Yang Pernah DiRakam. Di sini, saya ingin bertanya peminat-peminat bolasepak pendapat anda – Apakah 5 Jaringan Gol TERHEBAT Yang Pernah DiRakam yang anda pernah saksikan? Kalau dapat beri sebabnya pun lebih baiklah. Bagi saya inilah 5 GOL yang menjadi pilihan saya (tanpa mengikut turutan dan berjaya di cari You Tube):
DEIGO MARADONA – World Cup 1986 (Argentina v England)
MARCO VAN BASTEN – Euro 1988 (Holland v Russia)
ROBERTO CARLOS – Brazil v France 1997
CRISTIANO RONALDO – UEFA Champion League 2008 (Man Utd v Porto)
CHRIS MAGUIRE – Euro Under-21 (Scotland v Iceland)

No comments:

Post a Comment