Friday, 30 September 2011

aneh..anak ular berkepala naga

 Ular Naga atau lebih dikenal Dragon mungkin selama ini dianggap simbol bagi kebanyakan masyarakat di cina. Cuba tengok di kedai emas pasti kebanyakan dompet atau ikon labelnya gambar naga, begitu juga tahun naga dianggap tahun keberuntungan kepada sesiapa yang dilahirkan pada tahun naga.


Tapi ini ada gambar Unik Anak Ular Berkepala Naga berukuran sama dengan jari manusia bermakna bukan la dongeng, korang lihat jer tanduk nyer macam naga.


Mungkin terdapat kesalahan genetik yang menyebabkan ular nih jadi macam nih

aku pon tak tau nak caye ke idak nih.

aneh.. ritual menguji dara di papua


Artikel ini akan memaparkan imej bagaimana cara orang Irian Jaya menguji gadis yang masih dara. Kadang-kadang kita berfikir, bahawa kehidupan di Petaling Jaya lebih terbuka, seperti yang anda lihat, terbuka dalam hal berpakaian atau mungkin dalam sesuatu yang lain. 

menakjubkan.. penghujung pelangi di jalan raya


Ternyata di hujung pelangi tiada periuk berisi emas, kata orang la. Seorang penumpang berjaya mengabadikan gambar menakjubkan dari sebuah pelangi sewaktu sedang memandu di jalan raya.

Inil lah Fenoena yang pelik tentang pelangi, sebelum nih ade jugak tentang pelangi senyum..tu pun pelik jugak dan pelang bulat juga.


Mesti korang pon tak penah lihat kejadian macam nih kan, pelangi berpenghujung di Jalan raya.

Ia berhasil mendapatkan foto hujung pelangi yang muncul dan mendarat di jalur tengah jalan raya, hanya beberapa meter di depan kereta yang dipandunyer

Menurut legenda, di hujung pelangi ada pot emas yang disembunyikan oleh leprechaun (sejenis mahluk mitos).

Pelangi mempunyai erti berbeza-beza dalam banyak mitologi dan budaya dunia. Dalam mitologi Yunani-Romawi, pelangi dianggap adalah sebuah jalan yang dibuat oleh seorang utusan antara Bumi dan Surga.

Sedangkan di Cina, pelangi adalah celah langit yang disegel oleh dewi Nuwa menggunakan batu dari lima warna yang berbeza. Dan bagi orang Nasrani, pelangi adalah janji dari Allah bahwa ia tidak akan lagi menghancurkan dunia dengan banjir

apo kono dengan minah ni?


Rupa je lawa tapi...
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
\/


apehal....jilat bulu ketiak
.
.
.
.
^!@*^*!&@^*!@!@!@@!!()!@(~!


.


Sumber: http://kaki-haru.blogspot.com/2011/06/apehal-pompuan-nie.html#ixzz1ZPh7k3Wb

video penampakan hantu gadis gegarkan warga inggris

Sebuah video yang diupload di site YouTube menjadi heboh, dimana video tersebut menampilkan hantu perempuan di sebuah kedai telepon selular. Hantu perempuan yang menakutkan tersebut terlihat melewati sebuah pintu di belakang kedai.

Hantu itu sempat berhenti sekejap dan pandang kamera CCTV yang terpasang.

Video yang diupload oleh tokey kedai tersebut menjelaskan bahawa kedai tersebut dibina di atas kawasan yang dahulunya merupakan rumah panti asuhan di sewaktu zaman Victorian.

Saksikan video di bawah ini

video tersebut pun mendapatkan banyak komen dari para pengunjung yang menyaksikan video tersebut.


Saksikan video nih penampakan hantu melintas

Thursday, 29 September 2011

gambar pelajar bingai beromen dalam kelas


Gambar-gambar di bawah sudah cukup memberi gambaran bahawa pelajar-pelajar sekarang sudah tidak segan silu dan sanggup melakukan perkara-perkara yang negetif…sehingga sanggup lakukan perkara yang tak senonoh di dalam kelas. Inilah diantara contoh gagasan ibubapa yang gagal mendidik anak-anak.

pelik.. paus terdampar di padang



BANGKAI seekor ikan paus Sei di atas padang di tebing Muara Humber, England kelmarin.


YORKSHIRE, Britain - Bangkai seekor ikan paus yang didapati terdampar di sebuah padang dan terletak kira-kira 800 meter dari pesisir pantai di Humber Estuary di sini mencetuskan kekeliruan dalam kalangan pakar haiwan.
Ikan paus betina sepanjang lebih 10 meter (m) itu adalah daripada spesies Sei dan jarang terperangkap di perairan Britain.
"Ia mungkin terperangkap kerana air cetek ," kata seorang pegawai persatuan hidupan liar Yorkshire, Andy Gibson.
Tambahnya, sepanjang tempoh 20 tahun, hanya tiga ekor paus tersebut pernah terperangkap di Britain.
"Keadaannya amat menyedihkan. Ia berada di dalam air yang cetek iaitu pada kedalaman 1.2m ke 1.6m menyebabkannya sukar untuk berenang," kata Andy.
Paus tersebut merupakan paus terbaru yang mati di kawasan perairan itu. Pada awal bulan ini, seekor paus muda daripada spesies Fin terperangkap di Immingham, timur laut Lincolnshire. - Agensi

aneh.. bayi dua muka dilahirkan di china



RAWALPINDI: Seorang bayi dengan dua muka dilahirkan di Holy Family Hospital (HFH) Khamis lalu.
Bayi itu yang seberat 3.2 kilogram, menghidap keadaan yang jarang berlaku yang dikenali sebagai salinan kraniofacial iaitu satu kepala dengan dua muka.
Kecuali telinga, bayi itu memiliki dua hidung, dua pasang bibir dengan sumbing pada bahagian atas bibir kanan dan dua pasang mata.
Bercakap kepada akhbar The nation, pakar perubatan di HFH, Dr Nasira berkata, kemungkinan bayi itu untuk hidup lebih lama adalah terlalu tipis.
“Kami tidak menaruh harapan mengenai hayatnya,” katanya.
Menurut Nasira, keadaan bayi itu tidak sama seperti kembar siam yang boleh dipisahkan menerusi pembedahan.
“Pembedahan tidak mungkin dapat dilakukan kerana kedua-dua mukanya bercantum begitu rapat,” kata pakar itu.
Nasira berkata, bayi itu dilahirkan menerusi proses biasa dan si ibu masih berada di bilik bersalin untuk menjalani rawatan.
Menurut doktor bertugas di Bilik Bersalin, keadaan ibu bayi itu, Shahida Perven stabil. Dia bagaimanapun kelihatan bimbang dan tidak banyak bercakap.
Shahida dibawa ke HFH dari Palandri, sebuah daerah di Azad Jammu dan Kashmir (AJK) beberapa hari sebelum melahirkan bayi dua muka itu.
Wanita itu mempunyai dua anak yang normal sebelum ini.
Suaminya, Khalil Ahmed bekerja sebagai buruh.
Kelahiran bayi dengan dua muka itu mencetuskan sensasi di bandar berkenaan menyebabkan sejumlah besar penduduk, termasuk wanita, kanak-kanak dan orang tua bekerumun di Jabatan Kanak-Kanak untuk melihatnya.
Kesesakan yang berlaku menyebabkan pihak hospital terpaksa meminta bantuan polis bagi mengawal orang ramai.

iran berjaya cipta piring terbang


AGENSI berita Fars menyiarkan ilustrasi yang menunjukkan bentuk piring terbang ciptaan saintis Iran yang kelihatan sama dengan gambar piring terbang dalam filem keluaran Hollywod pada tahun 1950-an.
TEHERAN – Para saintis di Iran berjaya mencipta piring terbang yang pada kebiasaannya dikaitkan dengan teknologi makhluk asing, lapor sebuah akhbar semalam.
Agensi berita Fars di negara itu turut menyiarkan ilustrasi sebuah piring terbang yang didakwa ciptaan para saintis negara berkenaan yang sedang berlegar-legar di sebuah kawasan hutan.
Dalam ilustrasi itu, bentuk piring terbang tersebut mirip sebuah piring terbang yang terdapat dalam satu filem keluaran Hollywood pada 1950-an.
Menurut laporan tersebut, ukuran dan saiz piring tersebut tidak dinyatakan tetapi mendakwa ia kecil dan mampu terbang.
“Antara kelebihan piring terbang itu adalah ia merupakan pengangkutan yang mudah dikendalikan ketika mula bergerak, semasa terbang dan bunyi yang tidak kuat.
“Ia dikendalikan secara automatik dengan dilengkapi penstabil imej, sistem penentuan global (GPS), perakam aerial dengan gambar kualiti HD (berdefinisi tinggi),” lapor agensi berita ISNA.
Cita-cita Iran dalam mengembangkan program angkasa lepas telah mengejutkan dunia Barat.
Pada tahun lepas, negara itu turut mengumumkan kejayaan melancarkan roket ke angkasa lepas yang membawa tikus, kura-kura dan cacing.
Iran sering kali mengemukakan kejayaan mereka yang pelik dalam bidang saintifik dengan bukti-bukti yang sukar dipercayai.
Tentera laut Amerika Syarikat (AS) di Teluk Parsi masih lagi belum mengesan sebarang kehadiran piring terbang Iran itu.

bekas pelakon lucah ingin tubuhkan parti politik



CICCIOLINA



ROM - Bekas pelakon filem lucah Itali, Cicciolina merancang untuk menubuhkan sebuah parti politik baharu ekoran masalah politik yang korup di negaranya.
"Kami mahu menubuhkan sebuah parti yang optimis untuk masa depan. Cukuplah dengan parti-parti ini (di Itali) yang menjual undi, rasuah dan tender," katanya kepada majalah Oggi.
Dia kini berusia 59 tahun dan nama asalnya ialah Ilona Staller.
Wanita itu menyertai politik pada 1979 sebagai sebahagian daripada anggota parti alam sekitar yang pertama di Itali sebelum dia menyertai parti Radical pada 1985 dan berkempen menentang tenaga nuklear, kebuluran di dunia dan hak asasi manusia.
Dia merupakan ahli parlimen di antara 1987 dan 1991.
Pada September 1990, Cicciolina menyatakan dia bersedia untuk melakukan hubungan seks dengan Saddam Hussein bagi memulihkan keamanan di Asia Barat. - AFP

rihanna di halau petani selepas mendedahkan payu dara



RIHANNA menjalani penggambaran muzik video terbaharunya dekat Belfast Utara, Ireland Utara kelmarin. - AP



BELFAST - Ekoran memakai coli, seluar dalam berwarna merah dan mendedahkan payu dara, bintang pop Rihanna telah diusir dari ladang milik seorang petani di Ireland Utara.
Tindakan drastik itu dilakukan kerana petani itu marah melihat Rihanna memakai bikini semasa sesi penggambaran muzik videonya.
Rihanna, 23, sedang menjalani penggambaran muzik video single terbarunya, We Found Love di sebuah ladang milik petani tersebut di bandar Bangor, timur Belfast pada Isnin lalu.
Namun, petani itu, Alan Graham memutuskan penyanyi popular itu bertindak keterlaluan apabila dia melucutkan pakaiannya sekali gus mendedahkan bikini kecil berwarna merah yang dipakainya.
Akhbar-akhbar Ireland menyatakan Rihanna turut mendedahkan payu daranya buat seketika.
Melihat aksi menjolok mata berlaku di ladangnya, petani berusia 61 tahun itu yang sebelum ini membenarkan sesi penggambaran itu dilakukan, segera turun dari traktornya dan menyuruh bintang pop itu kembali memakai pakaiannya.
"Perbuatannya itu tidak sesuai. Dia tahu saya seorang penganut Kristian yang patuh," kata Graham.
"Kami berjabat tangan dan dia kemudian beredar dari tanah saya secara baik," tambahnya. - Agensi

Wednesday, 28 September 2011

pelik.. kucing miliki dua wajah



SEEKOR kucing memiliki dua wajah di Massachusetts akan berusia 12 bulan dalam bulan ini.



CONWAY, Amerika Syarikat (AS) - Seekor kucing di Massachusetts, AS memiliki dua wajah dan diberi nama Frank dan Louie.
Haiwan itu yang berusia 12 tahun dalam bulan ini merupakan kucing yang memiliki dua wajah paling lama pernah hidup di dunia, kata seorang jurucakap Guinness World Records, Sara Wilcox kelmarin.
Kucing itu mempunyai dua mulut, dua hidung dan tiga mata.
Haiwan itu mempunyai satu otak. - Reuters

ahli bina badan yang amat hampeh..

manusia ni memang tak pernah nak berpuas hati betul. bila badan kurus2 sibuk nak jadi gemuk. bila dah gemuk nanti sibuk pulak nak kurus kan. macam aku nih. pernah jadi kurus(masa kecik2 dulu lah) lepas tu sekarang dah gemuk gila baru tahu erti penyesalan. sibuk sangat nak jadi gemuk kan.

tapi yang faill nya bila manusia tu badan dah sedap mula lah sibuk nak buat muscle pulak. kalau jadi takpe jugak. ni kena yang ntah ape2 yang dieorang angkat terus jadi macam alien. kan naya. meh aku tunjuk contoh manusia yang sibuk bina badan lepas tu jadi ntah ape2. layan







dah macam payudara dah aku tengok laki nih. sempangggg. tapi mat saleh ni bukan boleh percaya. ntah2 steroids je nih.

gilo.. awek separuh bogel sambut platini



KIRI: SEORANG gadis separuh bogel ditangkap polis di sebuah stadium di Kiev semalam.



KIEV - Polis menangkap beberapa aktivis wanita Ukraine kerana mendedahkan payu dara semasa memprotes lawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) Michel Platini ke ibu kota Ukraine, di sini.
Kunjungan Platini dilakukan untuk memeriksa persediaan Ukraine sebagai tuan rumah bersama dengan Poland untuk kejohanan bola sepak Eropah, Euro 2012.
Seorang wartawan berkata, empat aktivis pertubuhan wanita Ukraine, FEMEN, ditangkap kerana 'membogelkan' tubuh mereka hingga paras pinggang di luar sebuah stadium utama di sini.
Menurutnya, tindakan itu dilakukan untuk mendapatkan perhatian mengenai kempen mereka dalam menentang pelancongan seks di Ukraine.
"FEMEN menuntut UEFA supaya mengambil inisiatif dengan melaksanakan program untuk mendidik para peminat bola sepak (yang akan berkunjung ke Ukraine) tentang kesan-kesan buruk pelancongan seks dan keburukan membiayainya," kata pertubuhan tersebut dalam satu kenyataan.
Malah, FEMEN turut mendakwa Presiden Ukraine, Viktor Yanukovych tidak berbuat apa-apa untuk membantu kempen mereka bagi menentang aktiviti pelancongan seks di negara itu apabila Yanukovych sendiri pernah mempelawa warga asing supaya melawat Ukraine untuk menyaksikan kecantikan wanita di negara ini. - AFP

gambar awek terkencing ketika hendak bunuh diri






Tuesday, 27 September 2011

hebat.. orang buta pun dah boleh ambil gamba mengunakan kamera



NANCY SARAHI meraba kameranya semasa dia mahu merakamkan gambar di sebuah taman di bandar raya Mexico pada 7 September lalu.



BANDAR RAYA MEXICO, Mexico - Yayasan Ojos Que Sienten giat mengajar golongan buta cara-cara menggunakan kamera dan merakamkan gambar.
Ditubuhkan lima tahun lalu oleh jurugambar profesional tempatan, Gina Gina Badenoch, yayasan itu membantu golongan tersebut menggunakan kamera.
Tanpa deria penglihatan, pelajar-pelajar buta itu bergantung kepada pendengaran, sentuhan, bau dan rasa untuk memilih objek yang dirakamkan.
Mereka menghasilkan imej yang dikehendaki itu dengan menggunakan kamera digital.
Seorang guru di yayasan itu, Jose Manuel Pacheco Crispin berusia 33 tahun yang juga pelajar sebuah universiti turut mengalami masalah penglihatan.
"Ia (merakamkan gambar dengan menggunakan kamera) membantu saya untuk memecahkan halangan dan terus mempunyai idea-idea gila," katanya yang baru-baru ini mendaki Gunung Iztaccihuatl setinggi 5,230 meter dekat sini. - Agensi

biar betul? awek cun ni seorang pengemis?


beggarlolibeijingchines Kisah Pengemis Cantik Di China
Seorang gadis yang cantik bernama Loli dari Beijing yang menjadi miskin dan terpaksa menjadi pengemis selepas keluarganya tak mampu bayar hutang keliling pinggan yang mencecah 100,000 yuan kepada lintah darat.
Tambah menyedihkan lagi kerana Loli terpaksa menjual tubuh membayar balik duit itu. Kisah ini telah dilaporkan oleh seorang pemberita yang tidak sengaja terjumpa dengan Loli semasa balik dari kedai buku di tepi jalan mengemis. Tetapi yang mengejutkan pemberita tersebut adalah betapa cantiknya Lilo dan yang paling pelik dia memakai jaket Adidas dan Contact lens pula.
Dalam hati pemberita itu terus menyangka yang Lilo ini adalah palsu. Jadi dia ikut si Lilo ini ke rumahnya yang terletak di tempat pembuangan sampah. Dengan serta merta cerita ini menjadi popular di China dan menjadi perhatian semua orang China.
Sebenarnya Lilo ini adalah Han Biyao pernah bekerja sebagai pelayan restoran. Untuk meneruskan pengajiannya dan membiayai perubatan ibunya, dia terpaksa mengemis di tepi jalan sebab duit kerja pelayan tidak cukup untuk membiayai segalanya.
Tetapi kisah sedih Han Biyao ini agak diragui kerana disyaki mencari modal untuk popular. Ini kerana beberapa gambar Biyao tengah bergambar di dalam sebuah kereta mewah dan tinggal di hotel. Banyak juga menyatakan dia adalah seorang pelacur. Di mana kebenarannya kami pun tak pasti.

gambar model yang dulunya ramping kini gemuk!


Model biasanya memiliki wajah dan tubuh yang cantik dan sempurna, tetapi apa yang terjadi setelah mereka berhenti sebagai model seperti dalam kes ini.
Beberapa gambar menarik ini adalah gambari model yang bernama Persik Geldof. Nama penuhnya adalah Persik Honeyblossom Bob Geldof adalah seorang wartawan, penyampai televisyen England dan juga seorang model. Dia juga merupakan seorang ikon fashion pada tahun 2006.
Lihatlah bagaimana dia telah berubah selama beberapa tahun ini.
how models change01 Gambar Model Dahulunya Langsing Kini Berubah Jadi Gemuk

korang asik kutuk dia, tengok! dR rozmey da pakai ferrari tu..


Ferarri F430 kini telah menjadi milik Datuk dR.ROZMEY CHE DIN atau panggilan mesra beliau DDR, kini DDR melangkah laju dengan penuh bergaya yakin dan sekaligus melambangkan perniagaan yang semakin maju hari demi hari.

Elegan, Stylo, Bergaya, Macho dan Laju, itulah ungkapan yang di lontarkan peminat-peminat kepada Datuk dR.ROZMEY CHE DIN bila mereka terdengar deruman Kereta idaman ramai Ferrari f430 milik DDR. Jom kita lihat gambar Ferarri F430 DDR. Sumber gambar dari laman Gempak.








mati hidup semula selepas dimasukkan didalam beg mayat

RIO DE JANEIRO - Seorang wanita yang berusia 60-an yang dirawat kerana sakit pneumonia dihantar terlalu cepat ke rumah mayat selepas diisytiharkan mati oleh seorang doktor, lapor akhbar Globo kelmarin.
Doktor tidak dapat mengesan sebarang tanda-tanda penting, melakukan ujian dan mengesahkan dia mati.
Dia kemudian dihantar ke bilik mayat dan berada selama dua jam di dalam beg plastik.
"Saya datang untuk memberikan ibu saya satu pelukan terakhir dan ketika itu saya berasa ibu saya masih bernafas. Saya menjerit mengatakan ibu saya masih hidup tetapi petugas di situ melihat seperti saya orang gila," kata anak perempuan wanita berkenaan, Rosangela Celestrino.
Pegawai-pegawai hospital yang menjalankan ujian dan mendapati Rosa Celestrino de Assis mengalami dua strok dan memerlukan bantuan pernafasan.
Pada pukul 7.30 malam waktu tempatan pada hari Jumaat, seorang jururawat menghubungi seorang doktor kerana wanita tersebut tidak menunjukkan tanda-tanda penting akan hidup. Doktor kemudian mengesahkan kematiannya dan mayatnya dihantar ke rumah mayat.
Pengarah hospital, Manoel Moreira Filho menyatakan kesilapan tersebut dikesan pada pukul 10 malam dan wanita tersebut segera diberikan rawatan bantuan pernafasan. - AFP

pelajar AS didakwa sukakan seks liar






PERUGIA, Itali - Peguam pemilik sebuah bar di Perugia menggelar seorang pelajar Amerika Syarikat (AS), Amanda Knox yang disabitkan kesalahan membunuh rakan sebiliknya sebagai seorang yang sukakan seks dan syaitan yang menipu kepada polis untuk mengalihkan siasatan.
Peguam itu, Carlo Pacelli memberitahu mahkamah semalam bahawa Knox mempunyai dua personaliti.
Menurutnya, Knox mempunyai personaliti sebagai seorang wanita yang baik semasa duduk di depan hakim selain personaliti syaitan yang meminati seks liar.
Dakwaan itu dibuat ekoran Knox mendakwa anak guam Pacelli, Diya 'Patrick' Lumumba membunuh Meredith Kercher.
Kercher merupakan rakan sebilik Knox yang merupakan warga Britain.
Lumumba dipenjarakan tetapi kemudian dibebaskan.
Namun, Knox disabitkan kesalahan dalam pembunuhan Kercher yang berlaku pada 2007 itu dan dihukum penjara selama 26 tahun.
Knox menafikan melakukan pembunuhan itu dan kini sedang merayu berhubung sabitannya. - AP

Monday, 26 September 2011

gilo.. protes sambil berlari memakai pakaian dalam sahaja



BEBERAPA orang berlari dengan memakai pakaian dalam di bandar Salt Lake City pada Sabtu lalu.


SALT LAKE CITY, Amerika Syarikat (AS) - Beribu-ribu orang menanggalkan pakaian mereka dan berlari dengan memakai pakaian dalam di bandar ini kerana membantah undang-undang negeri yang dianggap kolot.
Penganjurnya, Nate Porter berkata, acara yang dikenali sebagai Larian Pakaian Dalam itu diadakan pada Sabtu lepas untuk memprotes sistem politik konservatif di Utah.
Pihak penganjur, bagaimanapun, tidak membenarkan orang ramai berbogel dalam larian berkenaan.
Mereka sebaliknya berlari dengan memakai coli, seluar dalam, gaun malam dan seluar pendek manakala sebahagian peserta turut menulis mesej-mesej yang menyokong perkahwinan sejenis di dada serta belakang mereka.
Menurut Porter, sekitar 3,000 orang mengambil bahagian dalam larian sejauh 1.6 kilometer itu di pusat kota raya ini. - AP