Monday 25 July 2011

pelik, katak bewarna warni

Sama seperti ikan laga dan ikan emas yang dicat serta kura-kura hidup dimasukkan plastik dan digunakan sebagai penggantung kunci, tidak ketinggalan juga dengan katak di mana ia turut dicelup dengan pewarna serta telah dijual di China selama beberapa tahun kebelakangan ini. Walaupun begitu, banyak aduan serta protes daripada aktivis perlindungan haiwan dilakukan.
1413100925054 Hanya Di China, Katak Berwarna Warni
Menggunakan pelbagai peranti dan teknik, termasuk laser terhadap haiwan amfibia ini dengan sejumlah besar bahan kimia industri telah diserap oleh kulit katak-katak tersebut.
Mereka menjadikan katak tersebut dikenali sebagai katak berwarna. Warna-warna terhadap katak tersebut akan bertahan sehingga 4-5 tahun.
1313100925494 Hanya Di China, Katak Berwarna Warni
Dengan permintaan sangat tinggi untuk menghiasi akuarium dan kolam di seluruh negeri juga ada beberapa peminat membelinya sebagai haiwan kesayangan untuk anak-anak mereka.
5131009252711 Hanya Di China, Katak Berwarna Warni
Padahal beberapa dari pada penjual memahami bahawa dos tinggi daripada bahan kimia tersebut boleh membunuh sehinggakan ada beberapa penjual pun turut mempamirkan tulisan pada bungkusan katak-katak ini, “Tidak sesuai digunakan oleh manusia”.
Pihak aktivis telah mengatakan bahawa beribu-ribu katak tropika boleh mati akibat daripada trend pewarnaan katak-katak hidup ini.

No comments:

Post a Comment