Tuesday 26 July 2011

tiket tinggal 25,000 sahaja



TIKET-TIKET bagi menyaksikan perlawanan kedua pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 membabitkan Malaysia dan Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam esok laris terjual bak pisang goreng panas.
Hanya dalam tempoh sehari selepas jualan dibuka di kaunter-kaunter bertempat di tiga lokasi iaitu Stadium Nasional, Stadium Shah Alam dan Stadium MBPJ, Kelana Jaya, sejumlah 60,000 tiket sudah pun terjual.
Ia termasuk sejumlah 10,000 tiket yang telah pun dijual menerusi sistem online di laman webwww.tickethotline.com.my sejak seminggu lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Tiket Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk S. Sivasundaram berkata, mereka yang masih belum membeli tiket perlu segera berbuat demikian apabila kaunter jualan dibuka lagi pada hari ini.
"Selepas tamat penjualan hari pertama (semalam) sebanyak 60,000 tiket telah pun terjual dan hanya terdapat baki 25,000 tiket lagi boleh dibeli esok (hari ini).
"Baki tiket yang tinggal ini akan dijual dengan kaedah siapa cepat dia dapat," katanya ketika dihubungiKosmo! petang semalam.
Bagi penjualan hari ini, tiket-tiket tersebut akan dijual di tiga lokasi terbabit ber- mula pukul 9 pagi.
Di Stadium Nasional, sebanyak 12,500 tiket akan dijual, Stadium Shah Alam (6,250) dan Stadium MBPJ (6,250).
Seandainya habis dijual pada hari ini, tiada lagi penjualan tiket dapat dibuat pada pagi hari perlawanan esok seperti dalam perancangan asal FAM.
Hanya 2,000 tiket diperuntukkan kepada Persa- tuan Bola Sepak Singapura (FAS) untuk dibahagikan kepada para penyokong negara itu yang bakal me- nyeberangi Tambak Johor esok.

kepada yang pergi ke stadium esok, hope anda hafal lirik lagu no11..
Latest tracks by Sound Of UM07

No comments:

Post a Comment