Showing posts with label dalam negara. Show all posts
Showing posts with label dalam negara. Show all posts

Friday, 15 June 2012

betina bingai.. rela di raba ramai lelaki (video)


[Video] Subhanallah! Pelajar Perempuan Rela Diraba Ramai Lelaki
Anak-anak muda zaman dahulu, boleh dikatakan perkembangan dan perangai mereka masih lagi boleh dikawal oleh ibu bapa.
Ke mana sahaja nak pergi, pastinya ditanya dan diambil tahu oleh ibu bapa masing-masing.
Kalau tersilap langkah, meletuplah ibu-ibu dan bapa-bapa yang tahu perangai anak-anak sendiri yang mampu menjatuhkan maruah keluarga.
Istilah mengongkong memang kuat digunakan waktu dahulu.
Itu hanyalah kerana ibu bapa mahukan yang terbaik dan mahukan anak-anak mereka berjaya dalam hidup dan mampu menjadi manusia berguna hingga ke akhir hayat.
Tetapi kini, perubahan zaman sejajar dengan perkembangan teknologi yang pesat, manusia juga semakin berubah sikap dan tingkah-laku.
Satu video yang dimuat naik ke laman You Tube membuatkan penulis tidak mampu berkata apa-apa.
Lantas, hanya mampu untuk mengucap panjang memikirkan anak-anak muda atau remaja negara kita semakin menjadi-jadi perangainya sekarang ini.
Video yang berjudul, ‘Budak Satu Malaysia Boleh’ memang menjijikkan kalau ditonton.
Seorang remaja perempuan yang masih lengkap berpakaian sekolah, dikelilingi oleh ramai remaja lelaki rela dirinya diraba atas dan bawah oleh ‘geng-geng’ lelaki itu. Subhanallah!
Lebih ironiknya, kejadian raba-meraba itu dilakukan di hadapan sekolah sendiri!
Malah, ada di kalangan remaja lelaki itu yang hanya memakai seluar dalam atau ‘boxer’ sahaja.
Kalau diperhatikan, nama sekolah remaja-remaja tersebut boleh dibaca dengan jelas.
Yang pelik, kalau remaja perempuan itu tidak rela dirinya diperlakukan seperti itu, kenapa pula dia menjerit ketawa?
Memang benar, video rakaman itu sudah lama di muat naik ke laman You Tube dan sekarang ini, cerita tidak bermoral ini dibangkitkan bukanlah mahu memburukkan pihak-pihak tertentu.
Tetapi, penulis mahu ingatkan, paparan video ini sebagai pengajaran dan bukanlah mahu memesongkan pemikiran masyarakat sekeliling.
Sebaliknya, biarlah apa yang disiarkan ini sebagai pengajaran dan mampu untuk membuka mata kita supaya lebih berhati-hati dalam mendidik anak-anak.
Janganlah disalahkan atau menunding jari kepada pihak-pihak tertentu kerana sikap salah-menyalahkan itu tidak akan menyelesaikan masalah sosial seperti dalam video ini yang kian meruncing isunya.
Seharusnya, berbaliklah kepada agama kita sendiri kerana tanpa agama, akan musnahlah jati diri, pesonglah akidah hingga mampu menjerumuskan diri kita ke lembah maksiat yang hina. Neraka jahanamlah tempatnya nanti.
Firman Allah S.W.T:
“Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya.” Al-Kahfi : 110.
“Katakanlah: “Aku berlindung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai) manusia. Raja manusia, Sembahan manusia, Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang bersembunyi, yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia, dari (syaitan golongan) jin dan manusia.” An-Nass : 1-6.
“Dan tidaklah sama orang yang buta dengan orang yang melihat, dan tidaklah (pula sama) orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal saleh dengan orang-orang yang durhaka. Sedikit sekali kamu mengambil pelajaran.” Al-Mukmin : 58. 

Wednesday, 11 January 2012

kesian.. order samsung galaxy s tetapi dapat lesung batu

JOHOR BAHRU: Seorang kakitangan swasta yang membeli tiga telefon bimbit dengan harga RM3,250 secara dalam talian terkejut apabila hanya menerima lesung batu berharga RM14.50, sehari selepas melunaskan pembayaran.


 Lebih menyakitkan hati, tulisan RM14.50 berkenaan masih ada pada lesung batu berkenaan dan mangsa, Mohd Hazirul Hisham, 30, tergamam ketika menerimanya.




 “Saya membuat pembelian itu selepas melayari satu laman web dan tertarik dengan tawaran telefon bimbit Samsung Galaxy S bernilai RM1,100 seunit berbanding harga pasaran semasa iaitu RM1,900.




 “Saya membeli tiga telefon bimbit berkenaan secara talian pada 6 Disember lalu dan membuat bayaran ke akaun seorang lelaki bernama Lim Tham Kim,” katanya, semalam.




 Menurut Hazirul, dia kemudian menerima SMS daripada kakitangan sebuah syarikat menjual peralatan komunikasi yang menawarkan barangan percuma atau diskaun RM50.




 Hazirul memilih tawaran diskaun berkenaan dan sehari kemudian, dia menerima bungkusan barangan dibeli.







 “Saya gembira kerana telefon bimbit berkenaan tiba tepat pada masanya, tetapi terkejut apabila mendapati kotak bungkusan berkenaan cuma mengandungi lesung batu.




 “Saya menghubungi nombor telefon tertera seperti dalam SMS diterima sehari sebelum itu, tetapi individu terbabit enggan menjawab panggilan saya,” katanya.




 Hazirul kemudian melakukan pemeriksaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan mendapati syarikat terbabit tidak wujud.




 “Saya yakin dengan pembelian menerusi dalam talian kerana pernah membeli beg tangan dan tidak timbul masalah seperti ini,” katanya yang membawa perkara terbabit ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TT PM).




 Sementara itu, Presiden TTPM, Quaik Chong Yu menegaskan penuntut perlu memfailkan kes hanya terhadap satu pihak saja kerana pasti timbul masalah pada peringkat penguatkuasaan jika perintah dikeluarkan.




 “Pihak penuntut perlu pilih satu pihak untuk failkan tuntutan kerana invois dikeluarkan syarikat manakala wang bayaran dimasukkan ke akaun peribadi Lim, mereka akan saling menolak,” katanya.




 Hazirul bersetuju menggugurkan tuntutan ke atas syarikat berkenaan dan meneruskan tuntutan terhadap Lim atas alasan lelaki itu menerima wang terbabit.




 Quaik mengarahkan Lim mengembalikan RM3,250 kepada Hazirul dalam tempoh 14 hari selepas perintah dikeluarkan manakala tuntutan terhadap syarikat digugurkan.




 “Lesung tu pula boleh disimpan di rumah,” katanya.




 Wakil pihak penentang iaitu Lim dan syarikat terbabit tidak hadir pada perbicaraan.



Thursday, 5 January 2012

dua wanita dipukul heboh dunia maya [gambar]

Dunia maya  kembali dihebohkan beredarnya video perlakuan keji sekumpulan pemuda menganiaya dua perempuan muda. Video berdurasi 8 minit 15 saat itu, menampakkan rakaman empat orang laki-laki memukuli perempuan berbaju hijau dan berbaju hitam tanpa perasaan.


 Seorang laki-laki berbadan tegap, dengan beg selempang bertindak seperti pemimpin kumpulan itu. Sementara tiga lelaki lainnya, terutama berbaju putih, tidak kalah beringas memukuli dua perempuan itu secara bergantian.




 Ketika perempuan berbaju hijau itu cuba menghubungi seseorang melalui telefon genggamnya, lelaki tegap itu menampar pipinya dengan kuat, dan memukul mukanya dengan pukulan telak sampai tersungkur.


 Ketika dia cuba bangkit, dua lelaki lainnya ikut menolak sampai terhuyung dan jatuh terlentang. Sadisnya, dalam posisi terjatuh itu, laki-laki berbaju putih dengan lengan digulung masih saja memukulnya.


 Tidak jelas bahasa dalam komunikasi kumpulan itu. Namun pada rakaman minit 1.00, terdengar kalimat seperti (maaf): “Babi Kau”.




 Secara keseluruhan, bahasanya tidak mencerminkan Bahasa Bahasa Melayu. Lokasi kejadian, merupakan sebuah ruangan memanjang sekitar 4 X 5 meter bercat putih.


 Semula terdapat dua buah kerusi plastik tanpa sandaran, dengan sebuah meja seterika pakaian. Meja itu sempat roboh ketika perempuan berbaju hijam dipukul laki-laki berbadan tegap. Meja dan kerusi-kerusi itu kemudian disingkirkan.


 Jumlah perempuan yang ada di ruangan itu enam orang, namun yang menjadi bahan pikulan hanya si baju hijau dan hitam. Empat perempuan lain hanya dapat memandang  di dinding sebelah kiri.


 Lelaki pada ruangan itu berjumlah tujuh orang, termasuk yang memegang kamera mengambil gambar. (video telah diremove dari You Tube)



Wednesday, 4 January 2012

gempar..restoran yang terlampau!

Percaya atau tidak? Terdapat sebuah restoran di ibu negara iaitu di bangsar yang menawarkan tayangan perempuan bogel dan separuh bogel beraksi di dalam kolam renang berhampiran dengan meja makan. Malah restoran ini turut menawarkan khidmat seks untuk para pengunjung restoran tersebut. Sambil mengenyangkan perut, pengunjung restoran ini turut berpeluang mengenyangkan bawah perut. Selepas makan nasi makan orang pulak kah kah kah.
Restoran ni yang sudah beroperasi lebih setahun lalu menjadi tumpuan lelaki-lelaki hidung belang di ibu kota. Pelayan-pelayan di restoran ini hanya mengenakan bikini dan rela bikini mereka disingkapkan sekiranya diminta berbuat demikian. Salah seorang pengunjung yang mengongsikan gambar ini berkata “Restoran ini ibarat syurga dunia, jadi tempat kami release tension “. Malah ada di antara pengunjung yang berpeluang untuk membawa balik perempuan yang diminati dari kolam renang tersebut.
 
*sumber hotmalays.blogspot.com

Tuesday, 27 December 2011

sepasang kekasih kantoi buat projek di bilik mandi masjid

KOTA BHARU – Hasrat sepasang kekasih untuk melampiaskan gelora nafsu serakah mereka di dalam bilik mandi sebuah masjid di sini kelmarin tidak kesampaian apabila dicekup oleh penduduk kampung.
Perbuatan terkutuk pasangan belasan tahun tersebut untuk memadu asmara berjaya dikesan oleh jemaah sebuah masjid di Kampung Pasir Tumboh, dekat sini setelah menyedari terdapat motosikal diletakkan di pekarangan kawasan tersebut.
Seorang penduduk yang dikenali dengan panggilan Pok Cik Ya berusia 60-an memberi­tahu, kira-kira jam 4.20 petang dia melihat terdapat seorang remaja perempuan yang ber­baju kurung memasuki bilik mandi bersebelahan dengan tandas wanita.
Menurutnya, sejurus itu terdapat seorang lelaki memasuki bilik sama dan dia terus memaklumkan kepada jemaah masjid yang bersiap sedia untuk mengerjakan solat Asar berhubung kelakuan mencurigakan itu.
“Selepas beberapa minit berada di dalam bilik mandi, sekumpulan jemaah bertindak mengetuk pintu tetapi pasangan terbabit enggan membukanya.
“Beberapa minit kemudian pasangan terbabit membuka pintu tersebut dan remaja lelaki tadi keluar lalu melarikan diri, dengan meninggalkan teman wanitanya yang kemudiannya menyusul keluar dengan berpakaian lengkap,” katanya ketika ditemui di masjid tersebut semalam.Bagaimanapun katanya, lelaki terbabit yang cuba melarikan diri dari masjid itu berjaya ditahan semula oleh penduduk kampung kira-kira 200 meter dari masjid tersebut.
”Dengan kerjasama penduduk kampung dan jemaah masjid berkenaan, kita menahan pasangan terbabit dan pada masa sama kita menghubungi keluarga masing-masing untuk tindakan lanjut,” katanya.
Dia berkata, sejurus kemudian, keluarga pasangan terbabit datang ke tempat kejadian untuk berbincang sebelum membawa pulang ke rumah masing-masing.
Katanya, pasangan terbabit dipercayai bukan penduduk di kawasan berkenaan tetapi perbuatan keji itu mengejut jemaah masjid dan penduduk kampung apabila terserempak mereka melakukan perbuatan maksiat di dalam bilik mandi yang terletak di dalam kawasan masjid.
Menurutnya, kelakuan pasangan terbabit telah mengaibkan orang Islam kerana menggunakan kawasan masjid melakukan maksiat dan remaja sekarang sudah tidak mempunyai perasaan malu serta takut untuk melakukan perbuatan terkutuk di masjid.
Katanya, sepanjang tinggal di kampung ini, tidak pernah berlaku kejadian seperti ini dan penduduk terkejut apabila ia dilakukan penduduk bukan tempatan.

Tuesday, 20 December 2011

orang minyak bersenjatakan pisau di tangkap


Orang minyak yang berseluar dalam ditangkap di Tawau
TAWAU: Seorang lelaki berkelakuan pelik bagai ‘orang minyak’ yang hanya memakaiseluar dalam dan bersenjatakan pisau lipat ketika memecah masuk sebuah rumah di Taman Semarak di sini pada awal pagi kelmarin berjaya ditangkap oleh mangsanya.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 3.50 pagi itu, Utusan Borneo difahamkan badanlelaki separuh bogel terbabit dilumuri dengan minyak dan berbau busuk, manakala mukanya pula ditutup dengan kain baju.
Menurut mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Along, 30, lelaki pelik tersebut cuba melawan ketika hendak ditangkap, malah cuba menikamnya dengan pisau lipat sehingga berlaku pergelutan di antara mereka.
“Hasil bantuan adik kandung dan adik ipar saya, kami berjaya juga menangkapnya dan merampas semula wang RM2,000 dan enam buah telefon bimbit milik ahli keluarga kami yang cuba dilarikan oleh lelaki itu,” katanya.
Along menjelaskan sebelum kehadiran ‘orang minyak’ yang sedang mencuri di rumahnya itu disedari, beliau dan lapan lagi penghuni yang lain sedang tidur namun mujur isterinya terjaga selepas pintu bilik mereka cuba dibuka oleh seseorang.
Sebaik dikejutkan oleh isterinya, beliau terus bergegas turun ke tingkat bawah dan mendapati terdapat seorang lelaki yang tidak dikenali dan berkelakuan pelik sedang menyelongkar ruang tamu rumah mereka.
“Selepas itu saya mengejutkan pula dua ahli keluarga saya yang lain untuk menangkapnya, tetapi lelaki tersebut melawan sehingga berlaku pergelutan selama beberapa minit sebelum kami berjaya menangkapnya,” tambahnya.
Beliau berkata susulan daripada penangkapan lelaki pelik berkenaan, mereka terus menghubungi pihak polis yang kemudiannya tiba bagi melakukan tangkapan semula dan mengambil keterangan mereka.
Mengulas lanjut, Along berkata lelaki itu dipercayai memecah-masuk melalui jendela dapur rumahnya, dan dalam masa sama beliau akui kejadian itu merupakan insiden kedua yang menimpa mereka kerana sebelum ini rumahnya pernah dipecah-masuk pada November lepas.
Menurutnya lagi, laporan polis berhubung insiden terbabit juga telah dibuat dan pihak polis yang dihubungi oleh pemberita pula mengesahkan mengenai insiden berkenaan dan penangkapan lelaki terbabit.
Sumber : Utusan Borneo

Monday, 19 December 2011

video adam adli hampir ditumbuk ketika diwawancara

video adam adli turun bendera najib hampir ditumbuk
 Kenal siapa Adam Adli? Bagi yang dah lupa siapa Adam Adli sila terjah entry ‘(Video) Orang UMNO Nak Ludah Muka Mahasiswa Kerana Adam Adli Turunkan Bendera Najib?‘ ni.

Dan video yang baru aku dapat ni menunjukkan pelajar tersebut hampir ditumbuk seseorang yang tidak dikenali sebagai pengajaran atas tindakannya menurunkan bendera pada kejadian lepas. Tengok ar video ni dan nilai sendiri…
 


Ermm… Aku tak tahu nak kata apa dengan kes Adam Adli ni. Dia mahasiswa kan. Jangan kerana kes turun bendera & politik, habis pelajaran & masa depan tergadai.

Sunday, 18 December 2011

anak sape yang kantoi 'BEROMEN' dalam relung air ni wooiii!




[SH] LUNAS - Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) menahan sepasang kekasih berusia 14 dan 16 tahun dalam lubang relung air yang ditinggalkan di belakang premis memproses getah beku di Paya Besar kira-kira jam 2 petang semalam. 
Pengurus kilang yang enggan identitinya didedahkan berkata, dia ternampak beberapa pekerjanya memanjat tebing kilang dan mengintai ke luar premis, manakala salah seorang daripadanya memaklumkan kepadanya berhubung perbuatan pasangan terbabit yang sedang berasmara.
 
“Ini bukan kali pertama pasangan ini melakukan perbuatan sumbang di sini. Sehingga kini pekerja di kilang saya telah menemui mereka sebanyak tiga kali.
 
“Saya terkejut apabila pekerja saya memaklumkan pasangan itu sedang berbaring sambil berasmara. Saya kemudian memaklumkan kepada unit MPV untuk mengambil tindakan lanjut terhadap pasangan itu,” katanya.
 
Dalam pada itu, pengurus terbabit berharap pihak terlibat melihat permasalahan perlakuan seks kalangan remaja bawah umur terutama pelajar sekolah dengan lebih serius, bagi mengelakkan berlakunya kes buang anak, rogol dan lain-lain melibatkan mereka.
 
Difahamkan pihak PPKM menyerahkan kes kepada anggota unit MPV untuk tindakan lanjut sejurus penahanan itu.
 
Ketua Polis Daerah Kulim, Superitendan Ghuzlan Saleh berkata, sehingga kini tidak ada sebarang laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak terlibat.
 
Menurutnya polis akan menjalankan siasatan jika ada laporan dibuat terhadap mangsa terlibat.
 
“Perlakuan seks remaja bawah umur sama ada pasangan perempuan rela ataupun tidak, ia akan diklasifikasikan sebagai rogol dan ini merupakan kesalahan jenayah serius.
 
“Bagaimanapun waris harus membuat laporan polis untuk membolehkan siasatan dijalankan. Sehingga kini kebanyakan kes rogol melibatkan pasangan kekasih bawah umur berlaku kerana suka sama suka,” katanya.
 
Katanya, gejala ini mula menular ke pelajar sekolah rendah dan ibu bapa perlu memberikan didikan agama yang sempurna supaya mereka tidak mudah terlibat dalam sebarang perlakuan berunsurkan maksiat dalam usia muda.
P/s: Parah!!! 
Remaja Malaysia berlumba-lumba "memecahkan" teruna dan dara sebelum usia 18 tahun!

Monday, 31 October 2011

pelacur lari lintang pukang dalam keadaan berbogel



KOTA KINABALU: Dua pelacur tempatan dipercayai sedang asyik melakukan hubungan seks bersama pasangan masing-masing tidak sempat mengenakan pakaian dan lari lintang pukang dalam keadaan separuh bogel apabila diserbu polis di sebuah pangsapuri di Api-Api Centre, di sini, kelmarin.

Bagaimanapun, dua gadis berusia 20 dan 26 tahun berjaya ditahan apabila polis sudah mengepung kawasan berkenaan yang dikesan menjadi lokasi kegiatan aktiviti pelacuran.

Dalam serbuan jam 2.30 pagi, sepasukan polis Cawangan Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kota Kinabalu turut menahan pasangan gadis itu di rumah berkenaan.


Pemeriksaan di rumah itu turut menemui kondom yang masih belum digunakan dan dirampas termasuk dua telefon bimbit.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria, berkata susulan serbuan itu, polis berjaya menahan seorang wanita berusia 38 tahun dipercayai bertindak sebagai ibu ayam.


“Bertindak atas maklumat awam, sepasukan polis melakukan intipan sebelum menyerbu sebuah rumah di pangsapuri terbabit.

“Ketika serbuan, dua gadis dipercayai sedang leka melakukan hubungan seks bersama pasangan masing-masing di dalam bilik berasingan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, di sini, semalam.

Sunday, 30 October 2011

trofi piala malaysia diarak


MOHAMAD (tengah) memegang trofi Piala Malaysia bersama pemain dan penyokong setia Negeri Sembilan di Seremban semalam. 

SELEPAS berjaya menjulang trofi Piala Malaysia buat kali ketiga, Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) merancang satu sambutan besar-besaran bagi meraikan kepulangan piala berprestij itu di bumi Adat Perpatih.

Presiden PBNS, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kejayaan tersebut cukup bermakna dan beliau mahu selu- ruh rakyat negeri itu tidak ketinggalan menyaksikan piala tersebut secara lebih dekat.

Beliau yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan memberitahu bahawa pihak PBNS merancang untuk meng- arak piala paling berprestij di Malaysia itu di setiap daerah di negeri ini.

"Kejayaan ini merupakan suatu kebanggaan untuk Negeri Sembilan dan saya mahu seluruh rakyat berpeluang menyak- sikan piala tersebut dari dekat dan seterusnya beramah mesra dengan para pemain yang ber- juang berhabis-habisan di tengah padang.

"Sambutan berkenaan akan dibuat dalam tempoh terdekat dan kita sedang merancang kaedah serta sambutan yang bakal dilakukan nanti," katanya di Seremban semalam.

Mohamad berkata demikian dalam satu majlis meraikan kepulangan para pemain dan pegawai skuad Hoben Jang Hoben di Wisma PB- NS.

Katanya, pihak PBNS akan berbincang berhubung bentuk habuan atau ganjaran yang akan diberikan kepada skuad negeri itu yang berjaya membawa pulang Piala Malaysia untuk kali kedua dalam tempoh tiga tahun.

"Kita akan membuat perbincangan terlebih dahulu dan buat masa ini kita belum putuskan bentuk ganjaran yang akan diberikan," jelasnya.

Sementara itu, jurulatih Negeri Sembilan, Mohd. Azraai Khor Abdullah merakamkan ucapan terima kasih kepada Mohamad kerana memberi kepercayaan kepada beliau.

"Tanpa sokongan dan kepercayaan yang diletakkan oleh beliau (Mohamad), sudah tentu pasukan ini tidak dapat pergi jauh dan mendakap Piala Malay- sia.

"Pujian juga harus diberikan kepada pemain yang menunjukkan semangat juang yang tinggi walaupun dalam perlawanan akhir itu kita ke- tinggalan 1-0," jelasnya.

Mohd. Azraai juga memuji kesetiaan para pe- minat yang tetap memberi sokongan tidak ber- belah bahagi walaupun pada awal musim pasu- kan itu kelihatan seperti hilang sengat.

Friday, 7 October 2011

intipati bajet 2012


Jumlah bajet - RM232.8 bilion
Perbelanjaan Operasi - RM181.6 bilion
Perbelanjaan Pembangunan - RM51.2 bilion
  • Tahun lalu, perkembangan pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia adalah paling kukuh di Asia bagi enam bulan pertama tahun ini dan mencecah RM21.2 bilion.
  • Kerajaan jangka pertumbuhan ekonomi terus mantap - antara 5 dan 5.5 peratus tahun ini. Pertumbuhan bagi 2012 dijangkakan antara 5 dan 6 peratus, meskipun ekonomi global diramalkan perlahan.

Thursday, 6 October 2011

TAK TAHAN LIHAT ADIK IPAR MANDI BOGEL LALU MEROGOLNYA, LELAKI DIPENJARA 32 TAHUN




Gambar hiasan
 “Yang Arif, saya melakukan perbuatan itu kerana tidak tahan melihat dia mandi berbogel, ditambah lagi ketika itu bekas isteri saya sedang berada di hospital melahirkan anak bongsu kami,” jawapan spontan tertuduh, Awang Ismail, 52, selepas mengaku bersalah merogol bekas adik iparnya di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.
Duda kepada tiga anak itu tanpa segan silu mengaku, merogol bekas adik iparnya yang ketika itu baru berumur 15 tahun sehingga melahirkan seorang anak perempuan pada 4 Jun 2010 disebabkan kurangnya keimanan dalam diri untuk melawan godaan nafsu syaitan itu.
Bagaimanapun, perbuatan keji tertuduh yang beralamat dari Kampung Alor Batu, Jabor, Kuantan itu terbalas selepas hakim, Datuk Zainal Abidin Kamarudin menjatuhkan hukuman penjara selama 32 tahun selepas pengakuan bersalah tertuduh atas dua pertuduhan mengikut Seksyen 376 B (1) Kanun Keseksaan itu direkodkan.
Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh pada :Ogos 2009, di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Padang Limau Nipis, Bukit Payong, Marang telah melakukan persetubuhan dengan mangsa.
Manakala, mengikut pertuduhan kedua, tertuduh dituduh sekali lagi melakukan perbuatan terkutuk itu di tempat sama pada September 2009.
Zainal Abidin kemudiannya menjatuhkan hukuman 16 tahun penjara bagi pertuduhan pertama dan 16 tahun penjara untuk pertuduhan kedua yang diarahkan berjalan secara berasingan.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Zalina Awang @ Mamat manakala tertuduh tidak diwakili mana-mana peguam bela.
Mengikut fakta kes, mangsa yang ketika itu berumur 16 tahun telah membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Payong pada 27 Jun 2010 dengan mengatakan dirinya telah dirogol dan telah pun melahirkan seorang bayi perempuan di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun.
Rentetan laporan polis dibuat, pada 7 Julai 2010, polis telah menjalankan siasatan terhadap tertuduh yang ketika itu masih berstatus abang ipar mangsa dan telah mengambil sampel darah mangsa bagi tujuan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.
Hasil ujian didapati, mangsa telah dirogol oleh tertuduh berdasarkan keputusan laporan kimia DNA yang diperoleh pihak polis setelah pihak Jabatan Kimia membuat perbandingan antara DNA mangsa, anak mangsa dan tertuduh.
Bagaimanapun, selepas mengetahui dirinya diburu, tertuduh telah melarikan diri namun berjaya ditangkap oleh anggota polis Balai Polis Jaya Gading, Pahang, pada 30 September lalu, kira-kira jam 1.40 pagi.
Dengan itu, tertuduh telah didapati melakukan kesalahan yang boleh dihukum penjara tidak kurang dari enam tahun dan tidak lebih dari 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.

Tuesday, 4 October 2011

mayat lelaki terlentang dalam parit ditemui sekumpulan kanak kanak


Mayat seorang lelaki dengan beberapa kesan tetakan objek tajam di anggota badan dijumpai dalam sebuah parit berhampiran kawasan semak oleh sekumpulan kanak-kanak di Parit Amal Jalan Seri Tanjung Bakri di sini, kira-kira jam 2.45 petang, kelmarin.
Lelaki terbabit dipercayai telah dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang ke dalam parit di kampung berkenaan.
Ketua Polis Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli ketika ditemui berkata, pihak polis tidak menolak mangsa dibunuh dengan kejam kerana bermotifkan dendam.
Menurutnya, sekumpulan kanak-kanak terbabit menjumpai mayat lelaki itu ketika melalui kawasan berkenaan yang terletak tidak jauh dari rumahnya selepas pulang daripada kedai runcit.
“Kanak-kanak itu dikatakan menaiki basikal melalui jalan berhampiran sebelum melihat seorang lelaki terlentang dalam parit tersebut seperti orang sedang tidur.
“Kerana terkejut, kanak-kanak itu segera pulang ke rumah dan memaklumkan perkara tersebut kepada ibunya sebelum membuat laporan di balai polis,” katanya
Mohamad Nasir berkata, bertindak laporan yang diterima, sepasukan polis Ibu Pejabat Polis Daerah Muar bergegas ke lokasi kejadian.
“Siasatan awal mendapati mangsa berumur dalam lingkungan 20an dijumpai dalam keadaan terlentang dan hanya berseluar pendek.
“Mangsa berambut pendek, kurus, tinggi 5 kaki 7 inci dan dipercayai telah dibunuh kurang daripada 24 jam berikutan tubuhnya masih dalam keadaan baik sebelum dijumpai di kawasan itu,” katanya.
Beliau berkata, mangsa dipercayai beragama Islam dan besar kemungkinan adalah warganegara asing, namun siasatan terperinci masih dilakukan.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan tiada sebarang dokumen atau pengenalan diri ditemui pada tubuh mangsa dan sedikit sebanyak menyukarkan polis untuk menyiasat identiti mangsa.
Menurutnya, orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau kenalan diminta segera membuat laporan polis.
Pihak polis juga mohon kerjasama daripada orang ramai atau saksi yang mengetahui kejadian itu untuk segera tampil memberikan maklumat bagi menyelesaikan kes tersebut.

Tuesday, 20 September 2011

hampir buta akibat tertusuk jari sendiri



SITI NUR HIDAYAH menunjukkan mata kanannya yang cedera di Kuala Berang semalam.



HULU TERENGGANU – Seorang pelajar tingkatan empat, Siti Nor Hidayah Rosli, 16, cedera pada mata kanan sehingga terkoyak korneanya gara-gara tertusuk jari telunjuk sendiri pada bulan Ramadan lalu.
Akibatnya, dia terpaksa menjalani pembedahan yang memerlukan tempoh selama tiga tahun untuk sembuh sepenuhnya.
Siti Nor Hidayah yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Berang dekat sini berkata, dia secara tidak sengaja tertusuk jari telunjuknya ke matanya ketika bermain dengan anak saudaranya.
“Perkara sudah berlaku dan saya terpaksa menjalani pembedahan bagi memasukkan kornea baharu yang memerlukan tiga tahun untuk sembuh sepenuhnya.
“Tahun depan saya akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan itulah yang paling merisaukan saya jika mata saya masih belum sembuh,” katanya ketika ditemui selepas menerima bantuan kewangan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Hulu Terengganu di rumahnya di Kuala Berang di sini semalam.

Monday, 19 September 2011

belasah ibu sendiri sebab tak tahan leter


AMPANG: Hanya kerana menasihati anak lelakinya yang sering menghabiskan masa di kafe siber, seorang ibu cedera dipukul dengan kayu, kelmarin.
Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa yang berusia 40 tahun bersama suaminya berada di dalam rumah mereka di Pandan Mewah, di sini, sebelum anak mereka pulang.
“Remaja berusia 16 tahun itu mengadu kurang sihat sebelum dinasihati mangsa supaya tidak menghabiskan masa di kafe siber.
 “Berang mendengar ‘leteran’ si ibu, remaja terbabit naik angin lalu memaki hamun dan memukul ibunya,” katanya.
Sumber berkata, mangsa yang marah dengan tindakan anak lelakinya itu mengambil kayu untuk mempertahankan diri dan memarahi anaknya supaya tidak bertindak sedemikian.
Bagaimanapun, anak mangsa yang dipercayai tidak berpuas hati bertindak lebih kejam apabila mengambil kayu berkenaan dan memukul mangsa.
 Malah, remaja terbabit turut menendang mangsa menyebabkan dia terjatuh sebelum remaja itu melarikan diri.
Difahamkan, suami mangsa cuba meleraikan pergaduhan itu, namun tidak berhasil.
Menurutnya, mangsa dibawa suaminya untuk rawatan di hospital berhampiran sebelum ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan kejadian itu.