Tuesday 19 July 2011

kamera video rakam UFO

GAMBAR rakaman video Bob Atkins menunjukkan objek tidak dikenali (dalam bulatan) di Roanhead, Cumbria, Britain.

CARLISLE - Seorang lelaki, Bob Atkins secara tidak sengaja merakamkan video objek tidak dikenali (UFO) di Roanhead, Cumbria, Britain, lapor sebuah akhbar semalam.


Dia membuat rakaman itu semasa sedang merakamkan video seekor anjingnya bermain di dalam sebuah kolam, pada 23 Julai tahun lalu.

Lelaki itu mengesan objek itu semasa dia melihat rakaman semula anjingnya bermain dalam gerak perlahan.

Seorang pakar UFO, Pat Regan berkata, objek itu mungkin sebuah pesawat tentera dan tidak menafikan ia mungkin milik makhluk asing.

"Terdapat banyak aktiviti UFO di daerah Cumbria. Namun, saya berasa kagum dengan bentuk objek yang dirakamkan oleh Bob.

"Ia (objek itu) merupakan bentuk silinder yang cukup sempurna," kata Regan.

Menurutnya, UFO itu muncul di skrin dalam tempoh kira-kira satu saat dan ia hanya boleh dilihat apabila imej gerak perlahan video itu dihentikan. - Agensi

No comments:

Post a Comment