Sunday 17 July 2011

Filem Terbaru Shuib Sepah, Man Sewel Datang K.L


Man Sewel Datang KL’ bukan lawak semata tapi memberi teladan
Senario filem tempatan sekarang yang dilihat banyak terarah pada genre komedi dan seram mendorong Work Move Production Sdn Bhd menerbitkan filem pertamanya “Man Sewel Datang KL”
Man sewel datang KL
Filem yang telah memulakan pengambaran sejak 13 Mac 2011 lalu dan berakhir 5 April 2011 ini diarahkan oleh Abd. Rahman Adam dengan membariskan pelakon utamanya Shuib Sepah sebagai Man Sewel dan beberapa lagi pelakon lain seperti Siti Sarah Raisudin, Julia Ziegler, Razali Hussain, Rosnah Mat Aris, Zaibo, Rosli Rahman Adam, Fida Ibrahim dan Chef yang Jamil.
Menurut Saudara Abd. Rahman Adam, filem ini bukan sekadar menghidangkan lawak semata-mata kepada penonton tapi juga pengajaran berguna yang boleh dijadikan teladan.
.
Sinopsis
Filem ini mengisahkan Osman/Man (Shuib) pemuda yang berperwatakan gila-gila datang ke Kuala Lumpur berbekalkan wang yang diberikan ibunya Maimon (Rosnah Mat Aris) hasil peninggalan harta arwah bapanya.
Di Kuala Lumpur, Man tinggal bersama rakan sekampungnya, Salim (Razali Hussain). Salim banyak mempengaruhi Man tentang kehidupan di ibu kota. Menerusi Salim juga, Man berkenalan dengan Nadia (Julia Ziegler), seorang bekas model.
Sekian lama berkenalan, Man tenggelam dalam jerat cinta Nadia, segala kemahuan Nadia diturutkan dan dia sanggup berhabis wang ringgit memenuhi kehidupan Nadia yang serba mewah itu. Bagaimanapun Man akhirnya menyedari sesuatu yang tidak kena apabila Nadia meminta wang sebanyak RM250,000 untuk dijadikan modal perniagaan.
Dalam masa yang sama, Man tidak lagi mendapat bantuan kewangan dari ibunya di kampung menyebabkan beliau terpaksa berdikari untuk meneruskan kehidupan di Kuala Lumpur.
Man yang sebelum ini tidak pernah melakukan apa-apa kerja terpaksa memikirkan cara untuk menampung perbelanjaan kehidupannya di ibu kota. Bermacam-macam pekerjaan dilakukan Man, sehinggakan Man sanggup mengeluarkan modal berniaga ayam namun malangnya dia ditipu.
Man kemudian pulang ke kampung untuk menemui ibunya dan kekasih hatinya Siti Khadijah yang telah lama ditinggalkan. Malangnya Siti Khadijah (Fida Ibrahim) telah menjadi milik oleh kerana Man memungkiri janji cinta mereka dahulu.
Sekembalinya Man ke Kuala Lumpur, Man mengenali seorang gadis, Salbiah (Siti Sarah Raisudin) yang menjadi mangsa ragut. Mereka berdua menjadi sahabat yang saling membantu.
Suatu hari Man terserempak dengan Leman (Rosli Rahman), orang kampungnya yang mengusahakan kedai makan di Kuala Lumpur. Leman menasihati Man agar berwaspada dengan Salim kerana dikhuatiri Salim terbabit dalam kegiatan jenayah.
Man kemudiannya menyedari Salim dan Nadia sememangnya terbabit dalam kegiatan jenayah. Man juga sedar dia sebenarnya terjerat dalam perangkap cinta Nadia angkara Salim. Hasil bantuan Leman dan Pak Din (Zaibo), seorang tukang urut tradisional yang pernah menjadi mangsa Salim, kegiatan jenayah Salim dam Nadia akhirnya berjaya ditumpaskan pihak polis
Hubungan Man dan Salbiah pula makin erat dan mesra sehingga membuahkan bibit-bibit cinta.Man semakin matang dan tidak lagi bersikap gila-gila. Cintanya kini hanya pada Salbiah.
 .
‘Man Sewel Datang KL’ Bukan Ditiru
Pengarah filem Man Sewel Datang KL, Abdul Rahman Adam menolak dakwaan bahawa filem tersebut terikut-ikut dengan drama komedi seperti Halimah Jongang dan Fatimah Juling terbitan Ai.Aida Production sebelum ini.
Jelas Abdul Rahman, filem itu mempunyai identiti tersendiri berdasarkan kehendak dan trend penonton yang lebih menyukai komedi ringan.
“Kami mempunyai identiti tersendiri dan bukan kerana terikut-ikut drama komedi seperti Halimah Jongang atau Fatimah Juling.
“Ketika diberi tanggungjawab menulis skrip dan mengarah filem, saya telah mengkaji trend penonton sekarang yang mahukan filem genre komedi dan ringan,” katanya ketika ditemui pada sidang media pelancaran filem Man Sewel Datang KL, di dataran Finas, di sini Selasa.
Majlis pelancaran tersebut disempurnakan oleh Timbalan Menteri Belia & Sukan, Datuk Razali Ibrahim.
 Man Sewel Datang Kl
Tambah Rahman, senario penonton kini lebih gemar filem yang tidak perlu berfikir dan dekat dengan kehidupan realiti mereka.
“Daripada kajian yang saya lakukan 80 peratus penonton suka hiburan yang mudah dan ringan ditambah dengan filem-filem yang sekarang ini mendapat sambutan seperti Hantu Kak Limah Balik Rumah,” katanya.
Justeru, filem Man Sewel Datang KL juga menyelitkan mesej-mesej pengajaran yang kebanyakannya dilalui oleh golongan muda yang berhijrah ke Kuala Lumpur bagi mencari rezeki.
Filem terbitan Work Move Production Sdn Bhd ini telah melakukan penggambaran pada 13 Mac hingga 5 April lalu sekitar Lembah Klang dengan kos sebanyak RM1.3 juta.
Antara barisan artis yang membintangi filem ini ialah Shuib Sepah, Siti Sarah Raisuddin, Julia Ziegler, Razali Hussain, Rosnah Mat Aris, Zaibo dan Fida Ibrahim.
Man Sewel Datang Kl.
Man Sewel Datang Kl.
Apa kata shuib dan siti sarah
Man Sewel Datang Kl
Siti Sarah Raissuddin, 27, dan Shahmira Muhamad, 27, atau Shuib buat pertama kalinya disatukan dalam sebuah filem berjudul Man Sewel Datang KL.
Menurut Shuib, filem itu juga merupakan filem sulung yang dilakonkannya tanpa dua ahli kumpulan Sepah yang lain iaitu Mohd. Noor Murad (Mamat) dan Mohd. Nadzri Zainal Abidi (Jep).
“Saya dapat rasakan kelainan berlakon bersama Sarah kerana lebih selesa setelah bergelar suami isteri. Pergerakan juga tidak terbatas kerana kami berdua memegang watak sebagai suami isteri dalam filem ini.
“Ia juga filem solo pertama saya tanpa anggota Sepah. Kebetulan, setiap daripada kami mempunyai projek solo masing-masing,” katanya yang ditemui pada sesi penggambaran filem tersebut di Jalan Ampang hari ini.
Tambah Shuib, memandangkan mereka baru sahaja berkahwin, dia begitu mengharapkan agar Sarah sentiasa berada di sisinya, jadi kedua-dua mereka bersetuju menerima tawaran berlakon dalam filem terbitan Work Move Production Sdn. Bhd. itu.
Sementara itu Sarah memberitahu, berlakon di samping Shuib memberikannya satu semangat yang lain kerana antara mereka mempunyai satu ikatan yang kuat.
“Walaupun pelakon-pelakon lain turut memberi sokongan dan bantuan, ia tidak sama sekiranya saya mendapat sokongan daripada insan disayangi dan dekat di hati saya.
“Bukan setakat filem ini sahaja, kemungkinan saya dan Shuib akan mempertimbangkan untuk berlakon bersama lagi jika diberi peluang,” ujar penyanyi yang popular dengan lagu Ke Hujung Dunia itu.
.
p/s : Jika anda ingin mengetahui bagaimana kesudahannya, tontonilah filem komedi ini dipawagam bulan November 2011 nanti…

No comments:

Post a Comment