Sunday 17 July 2011

10 lelaki internet terkaya di dunia


Internet telah banyak merubah orang dan ramai orang telah mengubah internet. Ramai jutawan internet yang bermula dari kosong dan tidak memerlukan kelulusan yang super tinggi pun. Ini merupakan sepuluh billionair dalam bidang internet, 10 lelaki terkaya di internet antara lelaki-lelaki hartawan yang lain pada 2011.
lelaki terkaya di dunia
1-Larry Page
Mendahului senarai dengan jumlah kekayaan sebanyak USd 18.5 billion. Mempunyai Ph.D dari Universiti Stanford dan merupakan pengasas bersama Google.
lelaki terkaya di dunia.
2-Sergei Brin
Berusia 36 tahun, muda setahun dari rakan pengasas Google, Larry Page. Masih menunggu Ph.D dari Universiti Stanford(keciciran kelas). Kekayaannya setara dengan Larry Page iaitu sebanyak USd 18.5 billion 
lelaki terkaya di dunia
.
3-Jeff Bezos
Berumur 46 tahun dan merupakan lulusan Univeriti Princeton. Mungkin antara CEO yang bergaji paling rendah pada 2010 dengan upah tahunan sebanyak USd 81840. Namun sebagai pengasas laman jual beli terkemuka, beliau mempunyai 20 peratus pegangan di dalam Amazon. Kekayaannya dianggarkan bernilai USd 8.7 billion.
lelaki terkaya di dunia
.
4- Mark Zuckerberg
Antara billionair (ke-35 terkaya) termuda di dunia. Sebagai pengasas bersama Facebook, namanya hanya terkenal setelah filem Social Network popular di seluruh dunia. Berusia 26 tahun, berketurunan Yahudi Amerika tapi mendakwa seorang Atheis. Aset dianggarkan bernilai USd 6.8 billion.
lelaki terkaya di dunia
.
5- Pierre Omidyar
Mengasaskan Ebay pada usia 28 tahun, kini pada usia 46 tahun kekayaan beliau dianggarkan bernilai sebanyak USd  6.7 billion. Merupakan lulusan Universiti Tufts dan hanyalah anak pendatang Perancis dan Iran di USA.
lelaki terkaya didunia
.
6- Masayoshi Son
Juga merupakan graduan Universiti Tufts. Merupakan seorang usahawan Korea-Jepun. Pengasas dan CEO firma telekomunikasi dan internet Jepun, Softbank dengan kekayaan pada umur 52 sebanyak USd 6.7 billion tahun ini.
lelaki terkaya di dunia
.
7- Eric Schmidt
Berusia 54 tahun, berkelulusan Ph.D Kejuruteraan Elektrik Sains Komputer dan memegang aset bernilai USd 5.9 billion. Pernah menjawat jawatan penting di Google (CEO) dan Apple (ahli lembaga pengarah). Juga merupakan ahli lembaga penasihat presiden Obama.
lelaki terkaya di dunia
.
8- Mark Cuban
Pemilik Broadcast.com dan juga Dallas Maverick. Walaupun hanya berkelulusan bachelor dalam Pentadbiran Perniagaan, aset beliau dianggarkan bernilai USd 2.6 billion pada usia 52 tahun.
lelaki terkaya di dunia
.
9- Jerry Yang
Graduan Universiti Stanford dan berusia 54 tahun, merupakan pengasas bersama Yahoo! Memegang aset bernilai USd 2.3 billion.
lelaki terkaya di dunia
.
10- Omid Kordestani
Merupakan Senior Vice President Google, berusia 48 tahun dengan jumlah kekayaan USd 1.9 billion.
lelaki terkaya di dunia
sumber google

No comments:

Post a Comment