Tuesday 19 July 2011

filem harry potter kutip 1.4 bilion



SALAH satu adegan yang terdapat dalam filem Harry Potter and the Deathly Hallows, Part 2.



LOS ANGELES - Filem Harry Potter and the Deathly Hallows, Part 2 terus memecah rekod di pawagam antarabangsa hujung minggu lalu dengan kutipan tiket melepasi setengah bilion dolar dalam jumlah penerimaan di seluruh dunia selepas beberapa hari ditayangkan.
Pada malam Ahad lalu, filem itu telah mencapai kutipan AS$481.5 juta (RM1.4 bilion) di seluruh dunia dengan memecah rekod AS$312.3 juta (RM940.8 juta). kutipan itu datang dari 59 wilayah antarabangsa termasuk rekod di Britain iaitu AS$36.6 juta (RM110.2 juta) dan Australia AS$26.7 juta (RM80.4 juta).
Filem Transformers: Dark of the Moon pula meneruskan tarikan penonton antarabangsa pada minggu ketiga ditayangkan.
Selepas mendominasi carta selama dua minggu, filem arahan Micheal Bay itu masih menjadi kegemaran ramai apabila ia menambah kutipan sebanyak AS$39 juta (RM117.4 juta) di 9,300 lokasi.
Penambahan itu menyebabkan kutipan tiket filem tersebut bertambah kepada AS$460 juta (RM1.3 bilion) di seluruh dunia.
- Agensi

No comments:

Post a Comment