Tuesday 19 July 2011

bangunan begegar disebabkan senam erobik

  • gambar hiasan

Pakar Korea Selatan berkata semalam mereka percaya satu sesi latihan gimnasium yang berterusan menyebabkan sebuah bangunan tinggi di ibu kota itu bergegar selama 10 minit, menyebabkan beratus-ratus orang melarikan diri dalam keadaan panik.
Mereka berkata ujian menunjukkan hayunan yang dicipta sebuah kumpulan pengamal ‘Tae Bo’ di tingkat 12 bangunan pusat beli belah TechnoMart setinggi 39 tingkat jelas bergema menerusi struktur bangunan itu.‘Tae Bo’ adalah satu rutin senaman aerobik yang membabitkan pergerakan bertinju dan seni mempertahankan diri, seperti Taekwondo pada kadar yang pantas.
Profesor Chung Lan dari Universiti Danguk di Bandar Yongin berhampiran ibu kota ini mengaitkan insiden itu dengan prinsip fizik iaitu bencana boleh berlaku apabila getaran struktur bersamaan dengan sumber getaran lain. – Agensi

No comments:

Post a Comment