Saturday 16 July 2011

rumah termahal Britain mungkin diroboh



RUMAH Updown Court di tenggara England yang berharga £70 juta (RM339.6 juta).


KINGSTON, Britain - Kediaman termahal di Britain yang berharga £70 juta (RM339.6 juta), Uptown Court, mungkin dirobohkan selepas tiada pihak berminat untuk membelinya sejak enam tahun lalu, lapor sebuah akhbar semalam. Rumah agam tersebut yang terletak dekat sini di daerah Surrey, tenggara England, memiliki 24 bilik tidur, lima kolam mandi dan sebuah gelanggang boling.
Ia yang dibina pada 2002 adalah seluas 4645 meter persegi sekali gus lebih luas daripada Istana Buckingham di London. Kos penyelenggaraan bulanan rumah agam berkenaan yang dimiliki kerajaan Ireland, mencecah £60,000 (RM291,138) dengan menggunakan wang rakyat. Pentadbiran Ireland mungkin merobohkan kediaman tersebut dan menjual tanah sekitarnya untuk pembangunan bagi menampung kerugiannya. - Agensi
kosmo!

No comments:

Post a Comment