Thursday 14 July 2011

raja azmi buat hal lagi

RAJA AZMI diiring polis ketika berjalan keluar dari Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam.


SHAH ALAM - Penerbit filem, Raja Azmi Raja Sulaiman sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila dia ditangkap di rumahnya di Taman Ukay Perdana, Hulu Klang dekat sini ekoran gagal menghadirkan diri sebagai saksi ke mahkamah walaupun waran tangkap telah dikeluarkan terhadapnya kelmarin.
Raja Azmi, 52, ketika dihubungi memberitahu, ketika kejadian pukul 9.45 pagi itu, dia sedang tidur manakala tiga anak dan suaminya, bekas jaguh badminton negara, Jalani Sidek telah keluar.
Katanya, dia terkejut apabila empat anggota polis yang menaiki dua buah kereta peronda tiba di depan pintu pagar rumahnya sebelum memintanya keluar.
"Sebaik ternampak polis, saya memang dah agak yang mereka datang kerana waran tangkap yang dikeluarkan terhadap saya ekoran kes saman sivil di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
"Saya kemudian terus dibawa ke Balai Polis Taman Melawati untuk diambil keterangan ringkas sebelum tiba di mahkamah pada pukul 12 tengah hari," ceritanya kepada Kosmo! semalam.
Tambahnya, dia berjanji akan cuba hadir pada perbicaraan kes tersebut pada 22 Julai depan kerana sudah serik dengan pelbagai kes yang melanda dirinya sehingga mencetuskan kontroversi.
Pada 19 Ogos tahun lalu, Raja Azmi terpaksa bermalam di lokap Ibu Pejabat Polis Ampang Jaya atas kesalahan yang sama ketika dia hadir untuk membuat laporan berhubung satu khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan pada pukul 4.50 petang.
kosmo!

No comments:

Post a Comment