Friday 15 July 2011

pekerja di beri bonus rm208,079 seorang!



SEBUAH kedai rangkaian sukan Sports Direct yang terdapat di Britain.


LONDON – Seramai 2,000 kakitangan sebuah rangkaian kedai menjual pelbagai barang sukan, Sports Direct bakal mendapat bonus berjumlah AS$70,643 (RM212,458.83) setiap seorang dalam bentuk saham, lapor sebuah akhbar semalam. Bonus tersebut diberikan selepas kedai rangkaian barangan sukan terbesar Britain itu mencatat keuntungan besar selama dua tahun berturut-turut, Kedai itu, Sports Direct diasaskan oleh bekas jurulatih skuasy, Mike Ashley 29 tahun lalu.
Ia berjaya mencapai sasaran jualannya dengan keuntungan meningkat sebanyak 25 peratus pada tahun ini. Jumlah itu dipercayai saham terbesar yang pernah diberikan kepada pekerja kedai di Britain. Purata gaji tahunan kakitangan di kedai tersebut cuma AS$32,219 (RM96,898.65). Ashley mula membuka kedai itu di Maidenhead, Berkshire pada 1982.
Kira-kira 29 tahun kemudian, dia menguasai perniagaan runcit sukan di United Kingdom. Bonus itu layak diterima oleh pekerja yang sudah bekerja sekurang-kurangnya selama dua tahun. Namun, kakitangan kedai itu perlu menunggu sehingga Julai tahun depan jika mahu menebus saham tersebut. Kedai peruncitan Sports Direct kini merupakan syarikat senaraian awam di bursa saham dengan pendapatan tahunan AS$2.41 bilion (RM6.31 bilion) manakala Ashley memegang 71 peratus saham menjadikannya salah seorang lelaki paling kaya di Britain. Ashley juga pemilik kelab bola sepak Newcastle United. – Agensi
kosmo!

No comments:

Post a Comment