Friday 15 July 2011

kehebatan siti hingga tidak di benarkan bertanding dalam anugerah APM tahun depan


KUALA LUMPUR – Datuk Siti Nurhaliza mengharumkan nama negara apabila memenangi anugerah Artis Serantau Paling Popular pada Anugerah Planet Muzik (APM) di Singapura semalam, sekali gus dia tidak dibenarkan lagi bertanding pada anugerah itu tahun depan.
Menurut penerbit Eksekutif APM, Zakiah Halim, kejayaan penyanyi nombor satu negara itu mengungguli kategori utama anugerah tersebut selama 10 tahun berturut-turut sebagai rekod yang belum pernah ditandingi mana-mana penyanyi dari Malaysia, Indonesia dan Singapura.
Kehebatan Siti Sehingga Tidak Dibenarkan Bertanding APM Tahun Depan
“Oleh kerana pencapaian itu, maka kami selaku penganjur APM tidak akan mencalonkan lagi nama Siti Nurhaliza untuk bertanding dalam kategori ini pada APM yang akan datang,” katanya sebelum menyampaikan trofi anugerah itu kepada Siti Nurhaliza di Singapura semalam.
APM yang lebih sedekad dianjurkan bersama menggabungkan para penyanyi dari Malaysia, Singapura dan Indonesia yang menyediakan hadiah berupa trofi itu turut disiarkan secara langsung selama hampir tiga jam menerusi saluran Astro Ria (saluran 104).
Sementara itu, Siti Nurhaliza yang memakai topi dan kasut but seperti anggota pasukan beruniform sewaktu menerima anugerah pada penghujung acara tersebut tidak jemu-jemu mengucapkan terima kasih kepada para peminat yang menyokongnya selama ini.
“Siti bersyukur kepada Allah kerana diberikan peminat yang setia menyokong Siti daripada dulu sampailah sekarang ini. Sokongan anda semua itu tidak dapat Siti balas. Justeru, anugerah ini bukan untuk Siti seorang tetapi ia juga kejayaan anda semua,” ucapnya.


Selain anugerah itu, penyanyi dan komposer dari Indonesia, Melly Goeslaw pula memenangi anugerah yang tidak kurang hebatnya iaitu Anugerah Khas Planet Muzik kerana kreativiti serta sumbangannya dalam bidang nyanyian serta penciptaan lagu.
Melly yang popular dengan gelaran Ratu Soundtrack kerana banyak mencipta lagu Biarlah Rahsia nyanyian Siti Nurhaliza dan mencipta banyak lagu latar filem-filem Indonesia seperti Bila Cinta Bertasbih menganggap kemenangannya itu untuk semua komposer seluruh dunia.
“Saya bukan pencipta, saya hanya komposer kerana yang mencipta itu adalah Allah. Saya hanya mendapat percikan-percikan ilham daripada Allah sahaja. Saya anggap kejayaan ini bukan untuk saya seorang tetapi untuk dikongsi dengan semua komposer di mana juga anda berada.
“Selama ini dunia telah menghidupkan kita dengan pelbagai jenis kehidupan, maka biarlah kita hidupkan dunia ini dengan muzik pula. Terima kasih kepada semua yang telah menyokong karier saya sejak 17 tahun yang lepas,” ujarnya dalam nada yang cukup ceria.
Anugerah yang turut menggabungkan pelakon dan penyampai radio di tiga negara serumpun itu turut mengharumkan nama Malaysia apabila penyanyi Faizal Tahir meraih anugerah Artis Lelaki Terbaik dan Hafiz AF7 pula merangkul kategori Lagu Terbaik menerusi lagu Awan Nano.

No comments:

Post a Comment