Monday 4 July 2011

harta karun di jumpai di kuil india

Gambar hiasan



INDIA : Kuil Sri Padmanabhaswamy di Kerala, India bakal menjadi Kuil yang terkaya di India selepas harta karun yang mengandungi wang emas dan perak, hiasan emas dan batu berharga dijumpai. Sekitar 6 bilik mengandungi harta karun tersebut dijumpai dan setakat ini dengan berbaki 1 lagi bilik belum dibuka, anggaran kekayaan aset yang dijumpai adalah sekitar 750 billion rupees (RM50 billion).
Anggaran kasar menjangkakan ia bakal mencecah 1 trillion rupees selepas semua harta tersebut dikira oleh badan kiraan yang dilantik bagi tugasan proses inventory harta tersebut.
Harta karun tersebut adalah hasil dari sumbangan dari pengikut, harta pemerintah terdahulu Travancoredari zaman abad ke 9. Harta tersebut disimpan dalam bilik harta karun yang terletak 20 kaki di bawah tanah.
Sebelum ini, Kuil Balaji di Tirupati,Andhra Pradesh di kenalpasti sebagai kuil terkaya di India dengan harta kekayaan 320 billion rupees hasil sumbangan pengikutnya diikuti Kuil Shirdi Sai Baba di Maharashtra.

No comments:

Post a Comment