Monday 18 July 2011

gervinho teruja sertai arsenal

GERVINHO telah melengkapkan perpindahan ke Arsenal semalam.



LONDON - Penyerang Ivory Coast, Gervinho menyertai Arsenal dari kelab Perancis, Lille semalam.
Kelab Liga Perdana England itu mengumumkan Gervinho menandatangani satu kontrak jangka panjang, manakala media Britain melaporkan perpindahan tersebut menelan belanja £11 juta (RM53 juta).
"Ia adalah satu perasaan yang hebat untuk menjadi sorang pemain Ar- senal," kata pemain berusia 24 tahun yang membantu Lille memenangi gelaran Liga Perancis dan dua piala musim lalu selepas meledakkan 15 gol daripada 40 perlawanan.
"Saya berasa sangat gembira. Saya sering kali memasang impian untuk bermain bersama kelab ini. Kini, saya berjaya mencapai impian itu. Ia adalah salah satu hari yang paling menarik dalam hidup saya."
Gervinho berkata, pengurus Arsenal, Arsene Wenger antara faktor utama dia mengambil keputusan untuk berpindah ke London.
"Saya berasa sangat gembira untuk bekerjasama dengan Wenger.
"Saya datang ke sini (Stadium Emirates) kerana saya yakin beliau (Wenger) mampu meningkatkan corak permainan saya dan membantu saya sampai ke satu tahap yang lain.
"Tetapi apa yang lebih penting, saya akan memberi impak kepada pasukan yang saya impikan untuk bermain."
Gervinho meledakkan 36 gol dari- pada 93 penampilan sepanjangd ua musim bersama Lille.
Dia turut menjadi kapten Ivory Coast pada Sukan Olimpik 2008 di Beijing, China dan mewakili pasukan kebangsaan negara itu pada kempen Piala Dunia 2010 dan meledakkan dua gol daripada tiga penampilan selaku pemain simpanan dalam aksi kelaya- kan ke pusingan akhir.
Setakat ini, dia telah menjaringkan enam gol daripada 27 penampilan untuk pasukan kebangsaan negara itu.
Gervinho lahir dari Akademi Remaja Ivory Coast, ASEC Mimosas iaitu akademi yang sama dengan rakan sepasukan baharu di Arsenal, Emmanuel Eboue sebelum menyertai pemain pertahanan kanan itu ke kelab Belgium, KSK Beveren. - AFP

No comments:

Post a Comment