Thursday, 29 September 2011

pelik.. paus terdampar di padang



BANGKAI seekor ikan paus Sei di atas padang di tebing Muara Humber, England kelmarin.


YORKSHIRE, Britain - Bangkai seekor ikan paus yang didapati terdampar di sebuah padang dan terletak kira-kira 800 meter dari pesisir pantai di Humber Estuary di sini mencetuskan kekeliruan dalam kalangan pakar haiwan.
Ikan paus betina sepanjang lebih 10 meter (m) itu adalah daripada spesies Sei dan jarang terperangkap di perairan Britain.
"Ia mungkin terperangkap kerana air cetek ," kata seorang pegawai persatuan hidupan liar Yorkshire, Andy Gibson.
Tambahnya, sepanjang tempoh 20 tahun, hanya tiga ekor paus tersebut pernah terperangkap di Britain.
"Keadaannya amat menyedihkan. Ia berada di dalam air yang cetek iaitu pada kedalaman 1.2m ke 1.6m menyebabkannya sukar untuk berenang," kata Andy.
Paus tersebut merupakan paus terbaru yang mati di kawasan perairan itu. Pada awal bulan ini, seekor paus muda daripada spesies Fin terperangkap di Immingham, timur laut Lincolnshire. - Agensi

No comments:

Post a Comment