Saturday 10 September 2011

karipap-karipap cinta raih 190 ribu, salah gambit?


NCq0y ‘Karipap Karipap Cinta’ Hanya Berjaya Kaut RM190 Ribu, Salah Gambit?
Pasti semua tahu filem ‘Karipap Karipap Cinta’ (KKC) yang telah ditayangkan di pawagam sempena Aidilfitri lalu.
Filem ini ditayangkan beberapa hari lebih awal dari filem blockbuster Malaysia Aidilfitri lalu, Hantu Bonceng.
Jadi bagaimana prestasinya?
Menurut penulis novel asal KKC, Nazri M. Annuar — kutipan RM190,000 dengan pelaburan RM1.8 juta. Ouch!
Pengarah KKC, Othman Hafsham dalam kenyataan kepada media berkata beliau kecewa dengan prestasi filem ini & menyifatkannya sebagai kerugian besar.
Tidak Othman Hafsham menuding jari kepada mana mana pihak akan kegagalan ini namun tayangan sekali sehari pada jam 11 pagi & saingan Hantu Bonceng boleh menjadi faktor.
Kalau anda masih ingat, insiden pelakon utama filem KKC, Gambit Saifullah bermulut puaka dengan memanggil peminat di Facebook dengan gelaran binatang terjadi dalam minggu yang sama.
Adakah ianya salah satu faktor peminat memboikot kemunculan bintang bermasalah ini di layar perak? Hmm. -Rotikaya.com

No comments:

Post a Comment