Saturday, 10 September 2011

hampir bunuh diri sebab tekanan payu dara dia sangat besar punya..


 Seorang perempuan, Kerrie Jewell berusia 41 tahun berusaha untuk mendapatkanpembedahan mengecilkan payudaranya dari lembaga kesihatan Britain, NHS. Jewell tinggal di Coulby Newham dekat Middlesbrough, Britain.Menurut Jewell, beliau mengaku cuba hendak membunuh diri kerana tertekan dengan saiz payudaranya yang terlalu besar iaitu mencecah 40 HH. Jewell menambah, beliau seringkali diejek oleh orang lain sejak 25 tahun lepas.
Jewell yang tidak bekerja dan bergantung sepenuhnya kepada bantuan kerajaan sudah berjumpa dengan doktor sejak berusia 16 tahun untuk mendapatkan peluang pembedahan mengecilkan saiz payudara namun usahanya tidak berjaya.
Beliau juga mengaku menderita kerana selalu mengalami sakit punggung, pinggang dan kaki akibat berat payudaranya yang keterlaluan. Jewell memberitahu bahawa beliau pernah menghabiskan 50 pound sterling semata-mata hanya untuk memiliki bra yang sesuai dengan saiz payudaranya.
Sebelum ini, beliau pernah dinasihatkan oleh doktor supaya mengurangkan berat badannya sebelum menjalani pembedahan namun beliau berkeras untuk menjalani pembedahan terus.
“Saya bukan mahu kelihatan seperti seorang model tetapi hanya ingin mengecilkan saiz payudara saya supaya boleh menjalani hidup secara normal dan tidak diejek,” jelas Jewell.

1 comment: