Tuesday 13 September 2011

fb adik beradik KRU kena hack




Salam sejahtera , seperti yang ditegaskan oleh Jack Sparrow RileksCrew pada artikel FB AG HotFM semalam bahawa mungkin akan ada lagi fanpage artis di Malaysia yang bakal kena hack rupanya ianya menjadi realiti ngeri. Mungkin selepas artikel ini ditulis pihak pengurus artis perlu mendapatkan pakar untuk mengurus laman mereka.


Kali ini KH menerima emel yang diberi tajuk " PENTING " oleh Jack Sparrow. Emel tersebut memberi beberapa link fanpage yang mempunyai url beberapa artis di Malaysia.
KH bukak semua link tersebut dan mendapati semuanya mempunyai profile picture yang meninggalkan kesan Jack Sparrow sudah berjaya merampas akaun tersebut. Antara akaun yang berjaya dirampas Jack ialah Yusri , Normandan juga Edry. Mungkin nama-nama gah ini tidak asing lagi bagi industri seni di Malaysia. Mana taknya nama-nama ini yang menjadi penaung KRU studios yang mengeluarkan beberapa produk yang memartabatkan industri perfileman Malaysia melalui beberapa filem mereka yang pecah panggung!

Perhatikan screenshot yang KH tunjukkan dibawah ini dengan jumlah like yang berjaya dikumpul Jack. Tidak begitu melampau jika KH wartakan bahawa Jack Sparrow RileksCrew sebagai Pencinta fanpage Artis Malaysia dan mungkin dapat menyaingi Syam92x yang KH wartakan sebagai Pencinta laman UITM!

Antara akaun yang berjaya dirampas Jack Sparrow Rilekscrew :


Yusry Abdul Halim yg mempunyai 21,789 likers



Norman Abdul Halim yg mempunyai 14,933 likers



Edry Abdul Halim yg mempunyai 23,273 likers


Antara fanpage lain yg turut menjadi mangsa ekoran mempunyai akses daripada akaun diatas


This is the Official Cinta Kura-Kura's page. A romantic comedy written and directed by Nizam Zakaria involving talking turtles
5,850 likers



This is the Official Hikayat Merong Mahawangsa's page. An epic film directed by Yusry Abdul Halim.
56,849 likers



KRU page
22,727 likers



KRU studios
78,969 likers





KRU TV
6,129 likers



The Official "Vikingdom" Fan Page (KRU Studios)
877 likers



United Studios FB page keep updated on new products and offers, exciting news, and exclusive content!
3,712 likers



Ribbit, tells the tale of a frog with an identity crisis : )
454 likers



Malaysia's 1st musical film! Fantasikan diri anda di bulan Syawal ini!!!! ( MAGIKA )
41,151 likers



This is the Official KaraK's page. The first horror movie directed by Yusry Abdul Halim.
32,275 likers



@NormanAbdHalim Cyberjaya
Executive President of KRU Studios Sdn. Bhd. pwn3d By RileksCrew



Ini menjadikan jumlah keseluruhannya ialah 335827 likers berjaya dikumpul Jack Sparrow , namun jumlah ini masih dikira kecil berbanding kejayaan Jack sebelum ini yang merampas fanpage HotFM yg berjumlah hampir 800K !


Jack kini boleh digelar sebagai pengguna FB yang paling dikehendaki kerana menimbulkan kekacauan , kerosakkan serta menyusahkan beberapa pihak dengan kebolehan yang digunakannya. KH difahamkan Jack menggunakan tools baru yag dicipta RileksCrew yg diberi nama PearLz v1 yang mempunyai fungsi crawling / spider yang mencari maklumat untuk sesuatu email. Namun difahamkan hanya utk kegunaan RileksCrew sahaja apabila KH meminta untuk mencuba keberkesanan tools tersebut.

p/s : Jika hal ini berlarutan , mungkin artis perlu lebih berhati-hati dalam menjaga tingkah laku mereka di dunia IT , dapatkan nasihat pakar seperti gaysec dalam mencegah penularan tragedi ngeri ini.

sumber aku copy habis darikena hack

No comments:

Post a Comment