Wednesday, 14 September 2011

berbogel untuk ke sekolah

lihat lah betapa kepayahan mereka ini untuk bersekolah, untuk kesekolah mereka perlu meredah sungai dengan keadaan berbogel.

Berbogel untuk ke sekolah Murid Sekolah Rendah Inpres ( SDI ) Maulumbi ,Mukim Kanbera , Sumba Timur terpaksa menyeberangi sungai tanpa pakaian semasa pergi dan balik dari sekolah. 



SUMBA TIMUR - Kita biasa mendengar murid-
murid ke sekolah dengan berjalan kaki, tetapi lain
halnya yang berlaku di Sumba Timur, Nusa
Tenggara Timur apabila murid sekolah rendah di
sini terpaksa mengharungi arus deras sungai
semata -mata untuk menuntut ilmu.
Itulah pemandangan biasa yang berlaku setiap
pagi apabila kira -kira 20 murid Sekolah Rendah
Inpres (SDI ) Maulumbi, Mukim Kanbera terpaksa
berenang dalam keadaan telanjang bagi
mengelakkan pakaian seragam dan buku sekolah
mereka basah .
Bukan sahaja perlu mengenepikan rasa malu,
murid- murid berumur tujuh tahun hingga 15
tahun itu juga terpaksa menyeberangi arus deras
Sungai Maulumbi yang turut dihuni buaya untuk
pergi dan balik dari sekolah.
Pelajar -pelajar itu terpaksa menanggalkan pakaian
seragam sekolah dan kasut mereka bagi
mengelakkan ia basah sebelum menyimpannya di
dalam beg sandang yang turut diisi kelengkapan
lain sekolah.
Mereka bukan sahaja akan berada di dalam sungai
untuk tempoh 10 minit, tetapi juga terpaksa
berenang di tengah sungai yang agak dalam.
Setelah tiba di seberang, mereka perlu memakai
semula pakaian seragam dan kasut sekolah
sebelum meneruskan perjalanan seperti biasa .
Di tebing sungai , beberapa penjaga atau ibu bapa
yang prihatin boleh dilihat menemani anak
mereka, malah ada antaranya yang turut bersama
menyeberangi sungai kerana bimbangkan
keselamatan anak serta ancaman daripada buaya.
" Setiap pagi saya akan hantar anak menyeberangi
sungai untuk ke sekolah. Saya juga akan
menjemputnya pada waktu petang .
" Arus Sungai Maulumbi agak deras, buaya pula
sering dilihat di sini. Saya bimbang akan
keselamatan anak ," kata Erlin Konda Nguna , 23.
Ibu muda itu berkata, murid- murid sekolah
rendah yang tinggal di Sumba Timur juga terpaksa
ponteng sesi persekolahan sekiranya banjir besar
berlaku.
" Memang ada sampan di sini , tetapi hanya ada
sebuah dan tidak mampu memuatkan semua
orang pada satu-satu masa ," katanya. - Agensi

No comments:

Post a Comment