Saturday 10 September 2011

gila.. ibu muda meniup asap ganja untuk menghentikan tangisan anaknya


Seorang ibu muda telah didakwa dengan penganiayaan anak setelah memfilemkan dirinya meniup asap ganja ke dalam mulut bayinya untuk membuatnya berhenti menangis.

Jessica Callaway

Jessica Callaway (21) juga dituduh memukuli puterinya yang masih berusia 10 bulan kerana tidak mahu berhenti menangis dan bahkan mengancam akan menendang mulut buah hatinya.

Ibu muda ini mengatakan kepada polis dia melakukan hal tersebut akibat mengalami ‘hari yang buruk’ kerana kesulitan memilih pakaian untuk dikenakan untuk keluar malam.

Tetangga memfilemkan Jessica sedang memukuli puterinya yang berusia 10 bulan

Penganiayaan tersebut diam-diam telah dirakam oleh tetangga dengan menggunakan telepon bimbitnya yang kemudian diserahkan kepada pihak polis di Gilbert, Arizona.

Dalam jawapannya kepada pihak yang berwajib, Callaway mengatakan dia bersiap-siap untuk keluar malam sebelum bayinya yang baru lahir menangis dan berguling di lantai.

Dalam video itu, Callaway terlihat berjalan ke dalam ruangan, memegang kaki sang bayi kemudian memukulinya.

Penyelidik ​​mengatakan bahawa Callaway juga mengakui meniupkan asap ganja ke dalam mulut puterinya.

Callaway didakwa dengan tiga tuduhan pelecehan anak. Dan dibebaskan dari penjara dengan wang jaminan 2.700 dolar. (Untuk lihat videonya sila ke SINI)

No comments:

Post a Comment