Thursday 8 September 2011

remaja jadi kurang waras selepas cari durian dihutan


Seorang remaja dari Sematan dikhuatiri tidak waras dengan tiba-tiba, oleh ahli keluarganya selepas dia pulang dari hutan untuk mencari buah durian, seorang diri.
Remaja berusia 19 tahun itu telah dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini, dengan tangan dan kaki yang diikat untuk mengawal kelakuannya yang amat agresif. Ia dibawa ke HUS bagi menjalani pemeriksaan sebelum dihantar untuk pemerhatian mental di Hospital Sentosa.
Menurut seorang anggota keluarga, perubahan mendadak tingkah laku remaja itu bermula pada minggu lepas setelah dia pergi ke hutan seorang diri untuk mencari buah durian.
Dia pulang kemudian dengan tiga biji durian sahaja dan selepas menyerahkannya kepada bapanya, dia tiba-tiba menyatakan yang dia akan menunggang motosikalnya ke Kota Samarahan untuk melawat ibu saudaranya.
Remaja itu seterusnya muncul di rumah ibu saudaranya, dengan bersalut lumpur dari kepala hingga hujung kaki, tetapi tidak menjelaskan kepada sesiapa apa yang telah berlaku kepadanya dan menghabiskan masa di sana dalam keadaan senyap.
Merasai sesuatu yang tidak kena, ibu saudaranya menghubungi bapa lelaki tersebut untuk membawanya pulang, di mana remaja itu kemudian mula memecahkan barang di rumahnya selain berkelakuan ganas terhadap ahli keluarganya.
Sepanjang minggu keluarga mangsa terpaksa mengikatnya setiap kali dia menjadi agresif dan hanya melepaskannya apabila dia sudah menenangkan diri.
Namun demikian remaja itu dikatakan tidak dapat ingat setiap kali dia menjadi ganas.
Ekoran insiden terbaru pada pagi semalam, keluarga terbabit tidak ada pilihan lain kecuali mendapatkan rawatan bagi tingkah laku remaja itu yang belum dapat dijelaskan.

No comments:

Post a Comment