Friday 9 September 2011

produk baru iphone 5 kini mencapai 150 ribu unit sehari


Pengeluaran iPhone terbaru kini sedang bermula dan volumenya mencapai 150 ribu unit sehari, menurut khabar terbaru dari sebuah sumber industri.
Seperti yang dipetik dari i4u, Jumaat (9/9/2011), sebuah laporan terbaru dari Taiwan menyatakan bahawa Foxconn sudah menjalankan pengeluaran iPhone 5. Digitimes sendiri melaporkan bahawa Foxconn sudah menghasilkan 150 ribu iPhone 5 sehari.
1a0oCh3gTE Produk Baru iPhone 5 Kini Mencapai Pengeluaran 150 Ribu Unit Sehari
Penghantaran iPhone 5 sendiri diharapkan dapat mencapai 5 hingga 6 juta unit untuk bulan September. Pada suku empat juga pengeluaran iPhone 5 diharapkan dapat mencapai angka 22 juta unit.
Terlepas dari khabar angin yang banyak beredar, adakah iPhone 5 mempunyai reka bentuk terbaru? Adakah akan kelihatan sama dengan iPhone 4? Adakah bakal memiliki kamera 8 MP? Apakah bakal mempunyai skrin yang jauh lebih besar? Adakah akan menyokong fungsi CDMA dan GSM?
Maklumat yang dibocorkan oleh purwarupa mengenai iPhone 4 tahun lalu, sangat tidak menyenangkan semua pihak kerana membocorkan maklumat sebelum waktunya. Perkara sebegini juga hampir sama yang terjadi pada saat terakhir untuk iPhone 5.

No comments:

Post a Comment