Monday, 5 September 2011

kesian.. bayi maut dihimpap mayat pengasuh gemuk


LONG ISLAND: Bayi lelaki berusia sebulan dan anak kepada wartawan televisyen mati akibat kelemasan apabila pengasuhnya rebah dan maut lalu menghempap bayi malang itu.

Michael Baldwin II yang bekerja di stesen berita 12 New York, berkata, dia meminta Teresa Coffey, 39, menjaga anak lelakinya selepas dipanggil bekerja Khamis lalu. Bagaimanapun, selepas panggilan dibuat ke kediamannya beberapa kali dari tempat kerja tidak berjawab, dia bergegas pulang ke kediamannya di Greenlawn di sini dan menemui bayinya, Michael Baldwin III dan Teresa sudah meninggal dunia. Baldwin memberitahu Newsday: “Anak saya bagaikan nyawa saya. Dan kini dia sudah tiada lagi.” Teresa yang berketinggian 1.67 meter dan berat melebihi 90.7 kilogram ditemui di atas bayinya kira-kira jam 9.30 malam sebaik Baldwin tiba di rumahnya. Wartawan TV itu menemui Teresa rebah di atas sofa tetapi gagal menemui anak lelakinya.


“Saya mencari di setiap bilik sambil memanggil namanya, Michael, Michael,” katanya.


Apabila dia gagal menemui anak lelakinya itu, dia pergi semula ke ruang tamu di mana Teresa tertiarap dengan lututnya terjulur ke lantai.


“Saya ada terfikir mungkin Teresa rebah di atas bayi saya.


“Saya kemudian mengangkat tubuh Teresa dan melihat Michael di bawahnya.



“Dia kelihatan pucat...saya lalu mendukung dan memanggil namanya walaupun saya tahu dia mungkin sudah tiada lagi,” katanya. Teresa adalah rakan isteri Baldwin. - Agensi

sumber : myMetro

No comments:

Post a Comment