Friday, 5 August 2011

jutawan tawar wang demi anaknya



LAMAN Twitter yang mengandungi mesej tawaran Duncan Bannatyne.



GLASGOW - Seorang jutawan, Duncan Bannatyne mengejutkan para pengguna Twitter dengan menawarkan ganjaran £50,000 (RM243,888) kepada sesiapa yang dapat membongkar identiti dan mematahkan tangan seorang pengguna Twitter yang mengugut untuk mencederakan anak perempuannya, lapor sebuah akhbar semalam.
Jutawan berusia 62 tahun itu membuat tawaran tersebut kelmarin terhadap seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Yuri Vasilyev.
Tawaran itu dikeluarkan selepas Bannatyne menerima beberapa mesej ugutan daripada Vasilyev menerusi laman jaringan sosial berkenaan.
"Nama saya Yuri Vasilyev dan saya mahu wang £35,000 (RM170,772) sebagai insentif untuk menghalang kami daripada mencederakan anak perempuan kesayangan kamu, Hollie Bannatyne," kata kandungan mesej itu.
Duncan kemudian menarik balik tawarannya.
"Saya mungkin dipenjarakan kerana mengeluarkan ganjaran yang menyalahi undang-undang tetapi saya rela dipenjarakan demi membalas dendam terhadap pengguna Twitter ini," katanya.
Bannatyne yang juga seorang pengacara televisyen kemudian membuat tawaran baharu berjumlah £30,000 (RM146,443) kepada sesiapa yang memiliki maklumat sehingga pemeras ugut tersebut ditangkap. - Agensi

No comments:

Post a Comment