Wednesday 17 August 2011

wow! katak ini lebih kecil dari kacang hijau


Katak Terkecil Di Dunia Lebih Kecil Dari Butir Kacang Hijau Katak Terkecil Di Dunia, Lebih Kecil Daripada Biji Kacang Hijau
Seorang profesor ilmu komputer di China mengaku berjaya membesarkan katak terkecil di dunia.
Hu Gansheng (56) mengatakan katak kecil yang dia besarkan itu berukuran sangat kecil hingga hanya boleh dilihat dengan jelas melalui kaca pembesar. Namun Hu menambah bahawa dia enggan untuk memberitahu rakan-rakannya di Universiti Sains dan Teknologi di Nanchang, Wilayah Jiangxi, atas kejayaannya tersebut.
“Saya takut pemimpin dan rakan sekerja saya akan mengatakan ini bukan kerja saya walaupun saya melakukan kajian ini pada waktu lapang saya,” kata Hu.
Tambahnya lagi, kataknya lebih kecil daripada kacang hijau, namun katak ini mampu melompat setinggi 10 cm lebih. “Katak jenis baru ini sangat kecil tetapi sangat aktif. Katak jenis ini sukakan olahraga, “jelasnya.
Hu mengatakan katak kecil ini hasil perkahwinan silang antara beberapa katak tempatan. “Tahun lalu saya pergi ke pinggir bandar dan menangkap beberapa jenis katak. Saya kemudiannya cuba melakukan persenyawaan silangkan bagi menghasilkan katak jenis baru, “katanya.
Hu sekarang merancang untuk mengembang biakkan katak yang lebih mini untuk dijual sebagai haiwan kesayangan baru.

No comments:

Post a Comment