Thursday 25 August 2011

wah..petani ni berjaya cipta pesawat terbang la..


I7RQRftUs8 Hebat; Petani Berjaya Cipta Pesawat Terbang
BEIJING – Seorang petani di China telah berjaya menyempurnakan penerbangan perdananya dengan menggunakan “piring terbang” buatannya. Shu Mansheng hanyalah seorang lelaki yang berkelulusan sekolah rendah sahaja, berjaya menerbangkan pesawat itu setinggi dua meter.
Dia yang hanya belajar mekanik dan elektronik secara sendirian berjaya membuat piring terbang dengan menggunakan lapan enjin dengan baling-baling.
Ini bukan karya pertama yang dibuat oleh petani tersebut, sebelumnya dia telah membuat dua pesawat jet, walaupun projek tersebut gagal.
Pesawat jetnya yang pertama tidak sempat berlepas kerana enjinnya meletup, sementara pesawat kedua-duanya hancur sebelum berlepas.
Petani ini menghabiskan dana sebesar RM 30 ribu pada dua pesawat sebelumnya, hingga akhirnya dia kembali memulakan reka bentuk baru untuk pesawat yang berjaya terbang ini.
Kini Shu merancang untuk menyempurnakan piring terbangnya dengan harapan dapat mendirikan sekolah bagi yang berminat dengan projek yang sama.
“Mimpi saya adalah untuk membuat sebuah sekolah khas, di mana anak-anak boleh belajar segala hal yang tidak diajarkan di sekolah biasa,” turutnya lagi.

No comments:

Post a Comment