Tuesday 16 August 2011

hidup kembali sebelum ditanam


I7WRJdUdwN1 Hidup Kembali Sebelum Ditanam
Hidup kembali: Seorang wanita Russia, Fagilyu Mukhametzyanov bergambar bersama suaminya, Fagili.
Fagilyu Mukhametzyanov dilaporkan telah meninggal dunia tersedar kembali di saat orang ramai hendak menguburkannya namun kembali meninggal dunia lagi sekali setelah beberapa saat dia hidup kembali di hari pemakamannya.
Fagilyu dilaporkan meninggal kembali setelah terkejut semasa tersedar setelah melihat orang ramai hendak menanamnya.
Warga Russia tersebut Fagilyu Mukhametzyanov, 49, telah disahkan oleh doktor yang dia telah meninggal dunia namun dikatakan telah tersedar kembali setelah terdengar orang berdoa untuk proses pengebumiannya di Kazan, Russia. Dia kemudia dibawa balik ke hospital untuk pemeriksaan lebih lanjut.
hidup kembali Hidup Kembali Sebelum Ditanam
Mati semula: mayat Fagilyu Mukhametzyanov dibungkus kain setelah ia meninggal untuk kali kedua di Kazan, Russia.
“Matanya bergetar dan kami terus bergegas membawanya kembali ke hospital akan tetapi dia hanya hidup untuk 12 minit sahaja,” kata suaminya, Fagili Mukhametzyanov. “Saya terasa sangat marah dan inginkan jawapan. Dia sebenarnya tidak mati ketika mereka mengatakan ia sudah mati dan mereka sepatutnya boleh menyelamatkannya,” tambah Fagili .
Menurut suaminya, dia merancang membuat laporan terhadap hospital berkenaan dan kes ini masih lagi dalam proses penyelidikan.
Menurut laporan, punca kematian Fagilyu adalah disebabkan gagal jantung jantungnya berfungsi dan kematian keduanya juga adalah juga berkaitan dengan serangan jantung.
Kes ini bukan kali pertama berlaku seseorang hidup kembali di hari pengebumian. Beberapa tahun sebelum ini, seorang lelaki dikatakan telah hidup kembali dihari pengkebumiannya di Brazil dan seorang bayi yang dikatakan telah meninggal dunia terbangun sebelum ditanam dan meninggal kembali selepas itu di Paraguay. – (Huffington Post | Daily Mail)

No comments:

Post a Comment