Wednesday 24 August 2011

bom mortar depan rumah


ALOR SETAR: Seorang pendawai elektrik hari ini menemui sebutir bom mortar lama dalam sebuah parit di hadapan rumahnya di Kampung Belakang Taman Maju, Alor Janggus, di sini, hari ini. 

Mohd Azaini Kassim, 35, sedang mengorek parit itu bagi melancarkan aliran air apabila menemui bom itu.

Isteri beliau, Umi Kalsum Awang Kechik, 27, berkata jiran mereka yang bertugas sebagai anggota tentera mengesahkan bom mortar itu sudah tidak aktif.
Mohd Azaini kemudian membuat laporan polis. 

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Adzaman Mohd Jan, berkata bom mortar itu tidak berbahaya kerana ia digunakan untuk latihan sahaja. 

Polis sudah mengambil bom itu untuk dimusnahkan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment