Thursday, 25 August 2011
28 maut di serang kumpulan pengedar dadah mexico
MONTERREY: 24 lelaki bersenjata menyerbu sebuah kasino di Utara Mexico, awal pagi tadi dan membakar pusat perjudian Kasino Royale itu.
Pihak Berkuasa Tempatan, berkata ia menyebabkan pengunjung di dalamnya terperangkap dan membunuh sekurang-kurangnya 28 mangsa serta mecederakan 12 yang lain.
Kebakaran di Kasino Royal di Monterrey menunjukkan peningkatan aktiviti keganasan yang berkaitan dengan kegiatan pengedaran dadah.Malah, serangan terbaru itu adalah insiden terburuk yang dilakukan terhadap pusat hiburan di Mexico sejak Presiden Felipe Calderon melancarkan serangan terhadap pengedar dadah pada akhir 2006. - AFP
Labels:
luar negara
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment