Monday 15 August 2011

pelik. perkahwinan yang disaksikan gundam


DSC 4008 Perkahwinan Yang Disaksikan Patung Gundam Di Jepun
Majlis perkahwinan yang ditemani oleh Gundam raksasa akhirnya terlaksana juga. T&G adalah merupakan salah satu perancang perkahwinan yang ada di Jepun telah merancang sebuah perkahwinan unik yang tidak akan pernah dilupakan dan pengantin yang telah berjayadipilih daripada 548 pasangan yang sudah meminta jasa dari T&G ini.
Akhirnya sekarang telah terlaksana. Pasangan yang terpilih ini mengakui bahawa Gundam telah menjadi pengaruh yang cukup besar dalam kehidupan mereka. Mereka juga turut menamakan bayi perempuan mereka dengan menggunakan nama watak yang terdapat dalam siri dalam Gundam, Seira. Bukan hanya itu saja.
Untuk memperingati salah satu even yang cukup jarang tersebut, pengarah dari Gundam juga dilaporkan turut muncul dalam acara perkahwinan ini demi memberikan ucapan selamat dan sekaligus memberikan hadiah istimewa untuk kedua-dua pengantin tersebut.
Patung yang merupakan replika skala 1:1 robot Gundam itu dipamerkan di sebuah lokasi di Odaiba, Jepun.
Dalam acara perkahwinan Gundam itu, si suami atau tepatnya si ayah telah mengenakan kostum Ray Amuro dari siri Gundam. Anak mereka yang paling bongsu, seorang bayi perempuan, dinamakan Seira seperti salah satu watak di Gundam.
Patung Gundam RX-78 setinggi 18 meter itu didirikan untuk merayakan ulang tahun ke-30 daripada francais Gundam. Selain animasi dan komik manga, Gundam juga turut muncul dalam bentuk permainan dan video game.
Pada waktu malam hari, RX-78 itu akan menggerakkan bahagian-bahagian tertentu dari tubuhnya, mengeluarkan asap dan juga memancarkan cahaya daripada 50 titik di badannya. RX-78 juga digunakan untuk mempromosikan niat Jepun untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2016.
3856366964 9e27540b68 Perkahwinan Yang Disaksikan Patung Gundam Di Jepun
 Perkahwinan Yang Disaksikan Patung Gundam Di Jepun
 Perkahwinan Yang Disaksikan Patung Gundam Di Jepun

No comments:

Post a Comment