Sunday 7 August 2011

chef terkenal saman bapa mertuanya kerana godam e-mel peribadinya


LONDON, Britain - Cef selebriti, Gordon Ramsay menyaman bapa mertuanya, Chris Hutcheson kerana menggodam e-mel peribadinya dan menggelapkan wang empayar restorannya sebanyak £1.4 juta (RM5.9 juta) untuk berfoya-foya dengan perempuan, lapor sebuah akhbar semalam.

Ramsay, 44, yang popular menerusi program realiti masakan, Hell's Kitchen mengisytiharkan perang terhadap keluarga isterinya dengan menyaman bapa mertua, ibu mertua dan adik serta kakak iparnya, birasnya malah, perempuan simpanan bapa mertuanya turut disaman.

Mereka dinamakan sebagai defendan dalam saman itu yang dikemukakan di Mahkamah Tinggi Britain kelmarin.

Ramsay menuntut pampasan beberapa juta pound sterling daripada bapa mertuanya selepas dia memecat lelaki itusebagai ketua eksekutif empayar restorannya Oktober tahun lalu.

Dalam samannya, Ramsay mendakwa mereka berulang kali menceroboh e-mel peribadinya.

Keluarga mertuanya turut didakwa menggelapkan wang syarikat termasuk bapa mertuanya yang melesapkan £1.4 juta untuk berfoya-foya bersama perempuan simpanannya. - Agensi

No comments:

Post a Comment