Sunday, 7 August 2011

awan cerut gergasi



AWAN menyerupai cerut yang terbentuk di kaki langit di Devon, barat daya England baru-baru ini. - Agensi


DARTMOUTH, Britain - Sekumpulan nelayan menyangka mereka berada dalam filem seram klasik, The Fog apabila melihat formasi awan luar biasa di kaki langit, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Mereka sedang memancing di atas sebuah bot di Selat Inggeris baru-baru ini apabila awan gergasi mirip sebatang cerut tiba-tiba muncul beberapa kilometer di hadapan dalam kejadian yang berlaku baru-baru ini.
Awan rendah sepanjang 1.6 kilometer itu bergerak ke arah bot mereka, 48 kilometer ke selatan bandar ini dan menyelubunginya beberapa minit kemudian. - Agensi

No comments:

Post a Comment