Monday 10 October 2011

wow! sebuah rumah dihentam meteor sebanyak 6 kali!



Pemilik rumah Radivoje Lajic merasakan rumahnya terkena  batu dari luar angkasa kerana perasaan dendam dari luar angkasa. "Saya ternyata menjadi sasaran oleh makhluk luar angkasa," katanya. "Peluang terkena meteor sangat kecil tetapi kejadian yang menimpa saya amat luar biasa" .

Lajic yang tinggal di desa Gornji Lajici di Bosnia utara mengatakan serangan meteor selalu terjadi ketika hujan. Meteor pertama menghentam rumahnya pada bulan November 2007.

Seorang pakar  di Universiti Beograd telah mengesahkan bahawa semua batu-batu  yang ditemui itu adalah meteor. "Saya yakin sedang menjadi sasaran alien," katanya.

"Mereka bermain-main dengan saya. Saya tidak tahu mengapa mereka melakukan semua ini. Saya tidak boleh tidur semasa hujan kerana risaukan akan serangan lain."Lajic telah memperkuatkan atapnya dengan baja kerana takut meteor kembali menghentam rumahnya. Dia dibayar seguni baja jika menjual salah satu meteorit itu ke universiti di Belanda.

"Tapi meteor itu telah membawa kebahagiaan pada keluarga kami semua kerana menyebabkan kami boleh berjumpa dengan orang yang berbeza dari seluruh dunia yang minat dan tertarik dengan kejadian itu" katanya. "Saya mendapat ramai pengunjung dan mempunyai rancangan untuk membina sebuah museum kecil di belakang kebun saya."

Lajic menjadi tajuk utama berita pada dua tahun lalu, ketika meteorit kelima menghentam rumahnya. Para ilmuwan sedang mempelajari medan magnet di sekitar rumah itu untuk menjelaskan mengapa kejadian itu sering berlaku. 

No comments:

Post a Comment