Sunday, 2 October 2011

info tentang kampung2 yang pelik didunia


1. Kampung Dengan 100 Kembar Seiras
080913banak kembar Antara Kampung Terunik di Dunia
Tak hairan jika guru di sekolah itu mendapat tugas tambahan untuk menghafal muridnya satu persatu. beberapa puluh pasangan kembar itu memiliki jantina yang sama. Guru-guru terlalu kerap terselah menyapa nama mereka. Apatah lagi setiap pasang anak kembar hanya dibezakan dengan belahan rambut.
Salah satu pasangan kembar mengatakan, tanda lahir di leher merupakan salah satu pembezaan mereka. Selebihnya mereka memang sama dalam
segenap aspek.
Warga kampung Kodinji yang majoriti muslim juga mengatakan, kewujudan anak kembar di kampung itu bukan hal yang aneh. Mereka menganggapnya sebagai sesuatu yang istimewa yang dianugerahkan oleh Tuhan.
Kebanyakan anak kembar juga lahir di hospital yang sama. Menurut gynaecologist hospital setempat, selama 10 tahun dia bekerja, terdapat 100 hingga 150 kembar yang dilahirkan seiras. Lima atau enam di antaranya kembar tiga. Kelahiran yang dianggap misteri itu mengundang pelbagai pihak untuk membuat kajian lebih lanjut.
2. Kampung Yang Mempunyai Penduduk Hanya Satu Orang
Buford 3 thumb Antara Kampung Terunik di Dunia
Don Sammons, 60 sudah biasa tinggal bersendirian. Di rumah? Tidak! Dia tinggal di dalam sebuah kampung aneh yang hanya memiliki penduduk 1 orang sahaja, iaitu dirinya. Sendirian!
Kampung Buford terletak di Wyoming, Colorado, daerah bukit bukau dengan suhu yang terlalu rendah ketika musim sejuk. Kampung ini telah ditinggalkan oleh seluruh penghuninya yang memilih untuk tinggal di tempat lain bagi mencari rezeki yang lebih baik kerana berpendapat kawasan ini tidak akan dapat berkembang maju. Namun Sammons tetap dengan pendiriannya untuk terus tinggal di sana seorang diri.
Sammons meninggalkan Los Angeles pada tahun 1980 bersama isteri dan anaknya dan memilih untuk menetap di Buford yang ketika itu masih dihuni oleh sekitar 2000 orang pekerja rel kereta api. Ketika isterinya meninggal 15 tahun lalu, anaknya yang kini berusia 26 tahun pun memilih untuk berpindah ke bandar Colorado.
Sammons menguruskan sendiri sebuah stesen minyak kecil dan sebuah kedai untuk melayani mereka yang melalui kawasan tersebut. “Dalam sehari kedai saya boleh dikunjungi 1000 orang pada musim panas, tetapi menurun hingga 100 orang sahaja ketika musim sejuk,” kata Sammons yang mendakwa dirinya sebagai raja di Buford.
3. Kampung Yang Penduduknya Mempunyai Masalah Mental
o2LiS6yfNF Antara Kampung Terunik di Dunia
Seramai 445 penduduk di tiga kampung iaitu kampung Patihan, Pandak, dan Sidoharjo, di Kabupaten Ponorogo, Jawa Timur, mengalami kemunduran mental atau kebodohan. Keadaan ini dipercayai terjadi sejak 1970-an. Dikatakan telah terjadi kemarau berpenjangan di lereng bukit Rajekwesi sehingga mewujudkan malapetaka kemiskinan. Tiga kampung tersebut bersebelahan dan hanya dipisahkan oleh gugusan bukit Rajekwesi. Kampung Sidoharjo berada di lereng bukit sebelah utara, Desa Karang Patihan di lereng timur, sementara Desa Pandak berada di tenggara. Namun jarak antara kampung mencapai puluhan kilometer dipisahkan hutan dan bukit bukau.
Ketua Kampung Karang Patihan Daud Cahyono memberitahu, sejak kemarau muncul, keadaan kampung di sekitar bukit menjadi tandus dan berkapur. Ramai penduduk yang kekurangan gizi, kekurangan iodium, sehingga menyebabkan kebodohan.
Ketua Pegawai Kesihatan Daerah Ponorogo Iman Sukmanto bersetuju dengan hal tersebut. Menurutnya, salah satu penyebab masalah mental beratus-ratus penduduknya adalah disebabkan oleh kekurangan iodium yang banyak terdapat pada garam atau kicap. Untuk mengelakkan supaya kes kebodohan tidak berterusan, Pemkab dan Dinkes Ponorogo terus melakukan perubahan dengan menambah baik kandungan gizi kepada masyarakat, termasuk pembahagian garam iodium percuma kepada seluruh warga.
4. Kampung Manusia Ketam
110210akampung kepiting Antara Kampung Terunik di Dunia
Sebuah perkampungan yang warganya mengalami keadaan fizikal pelik ditemui di Dusun Ulutaue, Desa Mario, Kecamatan Mare, Bone, Sulawesi Selatan. Di sana, puluhan penduduknya menderita kelainan di jari kaki dan tangan. Daripada warga tua hingga yang berusia bawah lima tahun, jari-jari mereka terbelah menjadi dua pengepit ketam.
Menurut SCTV, Kampung Ulutaue, kanak-kanak mahupun dewasa memiliki jari terbelah dua dan kadang-kadang hanya mempunyai tiga batang jari sahaja. Jari mereka seolah-olah seperti ketam. Fenomena tersebut di anggap sebagai kutukan bagi mereka yang berasal dari garis keturunan yang sama.
Walaupun demikian, mereka tidak pernah malu dengan penduduk kampung lain. Bahkan hal ini sudah menjadi perkara biasa seperti takdir bagi mereka. sehingga sekarang belum satu pun pasukan perubatan atau kerajaan setepat mengambil tahu bahkan mengubati penduduk di kampung tersebut.
Akibat keanehan pada jari-jari tersebut, sebahagian penduduk kampung lain merasa jijik bergaul dengan mereka. Tak hanya itu, perkampungan mereka pun turut diberi sebutan ‘Kampung Manusia Ketam’ oleh warga tempatan.
5. Kampung Penduduknya Berpoligami
polygamy 615 Antara Kampung Terunik di Dunia
Dalam undang-undang Amerika, berpoligami sesuatu yang teruk. Tetapi bagi 1200 warga Centennial Park (kampung kecil di Colorado Arizona) berpoligami menjadi impian bagi mereka. Bahkan gadis-gadis di situ mempunyai impian untuk berkongsi suami apabila berkahwin kelak.
Sekitar 1200 penduduk Centennial Park, kampung kecil di dekat Colorado, menyatakan bahawa mereka berpoligami mempunyai alasan tersendiri. Berbeza dengan majoriti warga AS, mereka menyebut komunitinya All-American Families (Keluarga Amerika Seluruhnya), dalam erti sebenarnya.
Menurut Ariel Hammon, 32, yang berkahwin dengan Helen, 30, memberinya tujuh orang anak, kemudian mengahwini Lisa, 20, memberinya dua anak. Bagi Ariel
dan dua isterinya berpoligami bermaksud menambah tenaga kerja untuk membina rumah-rumah baru. “Warga di Centennial Park pernah membina rumah baru di sebelah rumah mereka hanya mengambil masa dua hari sahaja. Ini kerana memiliki anak yang ramai telah menambah para sukarelawan, “kata Ariel kepada abc news. Cemburu kerana berkongsi cinta? “Kami tidak pernah memikirkannya, malahan ini yang saya impikan sejak dahulu,” kata Helen, yang bekas pelajar Ariel seperti Lisa. “Saya tidak ada masalah apabila mengetahui Ariel sudah berkahwin, itu saya anggap sebagai satu bonus,” tambah Lisa.
Beberapa penduduk apabila ditanya mengenai seks,menurut mereka, para remaja tetap menjaga keperawanan dan dilarang berciuman sebelum berkahwin. Dan di tengah masalah moral akibat merebaknya seks bebas di AS, Centennial Park bebas dengan masalah itu, tertutup dan tetap curiga dengan orang asing. “Kerana agama mereka melarang (seks sebelum berkahwin), “kata seorang penduduk.
Seorang remaja perempuan, Michelle misalnya berharap suatu hari kerana keperawanannya, dia akan diberikan pilihan orang yang tepat. “Tiada masalah jika calon suami saya memiliki enam atau tujuh isteri. Lelaki bukan milik kami, kami juga tidak boleh menguasainya. Seramai mana isteri yang diinginkannya, tiada masalah bagi kami kerana itu adalah kehendak Tuhan, “kata Michelle

No comments:

Post a Comment