Thursday 20 October 2011

tukang sampah diberi ganjaran rm10000 selepas menyelamatkan kanak-kanak mangsa langgar lari


Chen Xianmei ,seorang pemungut sampah di Selatan China yang menyelamatkan seorang kanak-kanak yang dibiarkan selepas terlibat dalam kemalangan langgar lari, menerima ganjaran kira-kira RM10,000 daripada kerajaan tempatan.
Wanita berusia 58 tahun, Chen Xianmei mendapat pujian di atas keprihatinannya membantu menyelamatkan nyawa Yueyue, 2, walaupun 18 orang yang melalui jalan berkenaan tidak langsung menghulurkan pertolongan kepada kanak-kanak yang berada dalam keadaan `nyawa-nyawa ikan’ itu.
Menurut Chen, ketika itu, dia tidak fikir apa lagi kecuali ingin menyelamatkan kanak-kanak malang berkenaan.
Dalam pada itu, Yue kini berada dalam keadaan stabil dengan otaknya menunjukkan sedikit perkembangan apabila kanak-kanak itu menggerakkan sedikit bahagian bawah badan.
Sementara itu, ibu kanak-kanak itu berkata, dia kini hanya memberikan fokus kepada aspek positif dalam kejadian yang mengejutkan dunia itu.
“Chen melambangkan aspek kemanusiaan semula jadi manusia,” katanya.
Sementara itu, Sina Weibo yang sama dengan Twitter memaklumkan, laporan mengenai budak malang itu terus menjadi topik nombor satu di negara itu selepas mendapat perhatian 4.5 juta pandangan.
Dalam perkembangan sama, media tempatan cuba menjejaki orang awam yang melalui kawasan berkenaan, namun sebahagian mereka menafikan melihat kanak-kanak itu terbaring di jalan.
Seorang pejalan kaki memaklumkan akhbar edisi petang, Yangcheng bahawa dia pada mulanya menyedari seorang budak yang dipenuhi darah sedang menangis.
“Saya kemudiannya pergi ke kedai berhampiran dan tanya sama ada itu anaknya, namun pekedai itu menjawab tidak.
“Jika orang lain tidak mahu menyentuhnya, kenapa saya perlu berbuat demikian,” katanya yang disiarkan oleh akhbar terbabit.
Kejadian yang menimpa Yueyue mengejutkan banyak pihak termasuk masyarakat di seluruh dunia, dengan sikap pentingkan diri yang dipamerkan masyarakat di situ.

Tao rasa memang patut pon Chen Xianmei mendapat ganjaran ! Masyarakat perlu lebih perihatin dan semoga dengan kejadian trajis ini membuka mata semua pihak..CHINA!

No comments:

Post a Comment