Thursday, 6 October 2011

peserta tarian berbogel dalam program realiti

Cinthia Fernandez Marcello Tinelli

BUENOS AIRES, Argentina - Pihak berkuasa sedang menyiasat program realiti tarian selebriti Dancing With The Stars versi Argentina selepas dua pesertanya menanggalkan pakaian dan melakukan simulasi aksi seks semasa sesi tarian mereka di sebuah studio di sini, lapor laman hiburan Gawker semalam.
Persembahan lucah bekas peserta program realiti Big Brother, Cinthia Fernandez dan pasangan menarinya, Marcello Tinelli menyebabkan hos program tersebut malu besar. Dia sebelumnya terkejut melihat pasangan itu membuka pakaian masing-masing.
Lebih teruk, ibu bapa Fernandez turut berada di studio berkenaan, lapor laman hiburan tersebut.
Pasangan tersebut memulakan rutin tarian mereka sambil berbaring di atas katil putih dengan memakai jubah era Greek kuno dikenali sebagai toga.
Tarian mereka kemudian semakin hangat dengan Tinelli mencurahkan wain merah ke dada Fernandez yang terdedah.
Pada penghujung tarian itu, Tinelli membuka seluar dalam pasangannya menyebabkan Fernandez bogel sepenuhnya.
Aksi mereka disiarkan di laman YouTube.
Namun, ia kemudian ditarik balik kerana mempunyai imej bogel. - Agensi

No comments:

Post a Comment