Thursday, 20 October 2011

fuyoohh! guna penyodok dengan kapak ganti pisau cukur


NOVGROD – Seorang guru dari Rusia cuba melakukan penjimatan dengan tidak menggunakan pisau cukur apabila dia mencukur janggutnya dengan penyodok tanah.
Alex Karpenko (35), yang juga merupakan guru bahasa Inggeris, dahulu dia diajar oleh datuknya yang merupakan seorang veteran Perang Dunia II untuk mencukur dengan apa-apa sahaja yang ada.
Karpenko yang berasal dari Nizhny Novgrod, Russia, mula mencukur dengan menggunakan kapak yang tajam, tetapi kini dia menggunakan penyodok.
“Pisau cukur merupakan alat yang mahal, barang mahal yang tidak penting. Datuk saya mengatakan bahawa pada ketika perang dahulu dia menggunakan apa sahaja yang ada untuk mencukur,” ujarnya seperti dipetik di Orange, Selasa (4/10/2011).
“Saya sangat terkesan (dengan kata-kata datuk saya) dan saya memutuskan untuk melakukan cara yang sama. Walaupun pada ketika saya menggunakan kapak pada leher saya, isteri saya merasa sangat ketakutan pada masa itu,” sambungnya.
“Akhirnya saya putuskan untuk menggunakan penyodok yang tajam dan tidak menggunakan kapak, mungkin lebih selamat sedikit berbanding kapak,” ujarnya lagi.

No comments:

Post a Comment