Saturday 10 December 2011

gambar hukum hudud di somalia




Kalau kat Malaysia ni, bila cakap pasal hukum Hudud, pasti ramai yang mengatakan bahawa hukuman tersebut terlalu zalim dan tidak wajar diguna pakai. Tapi mereka sebenarnya tidak sedar bahawa disebalik ‘kezaliman’ tersebut ianya memberi pengajaran kepada semua umat Islam supaya menjauhi perkara-perkara yang dilarang agama malah berasa takut untuk mendekatinya.
Tapi kalau kat Malaysia ni la kan, walaupun hukum Hudud dilaksanakan dan diguna pakai, rasanya masih ramai yang tak takut. Yer la, sedangkan hukuman sebat tu (merujuk kepada hukuman yang dijatuhkan oleh undang-undang terhadap pesalah rogol dan yang berkaitan) pun dah boleh dikira sangat ‘kejam’, tapi
masih ramai je yang slumber buat benda yang boleh menerima hukuman tersebut.
Ok! Back to topic. Di Somalia, hukum Hudud dikatakan menjadi hukuman kepada mereka yang beragama Islam. Jadi, apa yang kami paparkan kali ini adalah beberapa gambar seorang pesalah yang menjalani hukum Hudud sambil disaksikan oleh penduduk.
Penduduk lihat hukuman rejam
Hukum Hudud

MOHAMED ditanam dalam lubang di Afgoye, pada Ahad lalu.
MOGADISHU – Sekumpulan militan Islam memaksa penduduk melihat mereka merejam seorang lelaki sehingga mati kerana berzina di Somalia, lapor sebuah akhbar semalam.
Kumpulan itu turut membunuh seorang lelaki kerana didakwa sebagai pembunuh.
Menurut beberapa saksi, hukuman itu mencetuskan pertempuran senjata antara kumpulan tersebut dengan kumpulan lain dengan mengakibatkan tiga militan terbunuh.
Kejadian berlaku di Afgoye, 32 kilometer dari sini pada Ahad lalu.
“Tiga anggota pejuang kumpulan Hizbul Islam terbunuh dan lima lagi cedera apabila mereka saling bergaduh antara satu sama lain,” kata seorang pekedai, Halima Osman.
“Sebahagian anggota kumpulan itu mahu menangguhkan hukuman manakala yang lain menentangnya.
“Anggota-anggota itu kemudian berbalas tembakan.
“Kumpulan yang menentang hukuman itu tewas dan kemudian melarikan diri,” tambahnya.
Hukum Hudud

SEORANG lelaki menimbus tanah di dada Mohamed.
Sebelum dijatuhkan hukuman mengikut undang-undang syariah, Hakim Osman Siidow Hasan memberitahu penduduk, dua lelaki itu mengaku melakukan kesalahan selepas siasatan dilakukan.
Seorang wanita yang mengaku melakukan hubungan seks di luar nikah turut dihukum 100 kali sebatan.
“Ini merupakan hari penghakiman,” kata Osman kepada orang ramai.
“Kami telah melakukan siasatan dan mereka sudah mengaku,” tambahnya.
Hukuman itu dibuat selepas pertempuran antara kumpulan yang menentang dan kumpulan yang mahu hukuman itu dilaksanakan dengan segera berakhir.
Seorang anggota keluarga mangsa yang dibunuh kemudian menembak mati penembaknya yang telah ditangkap.
Hukum Hudud

BEBERAPA orang merejam Mohamed sehingga dia mati.
Pesalah zina tersebut, Mohamed Abukar Ibrahim ditanam di dalam lubang sehingga ke dada dan direjam sehingga dia mati.
“Saya tidak sanggup untuk melihatnya,” kata seorang lelaki, Ali Gabow.
Menurutnya, seorang wanita yang mengaku berzina itu dihukum 100 kali sebatan kerana dia menyatakan dirinya masih belum berkahwin. – Agensi
*Gambar & berita: Kosmo!
Tapi kan, tak tau pula yang orang ramai boleh dan dibenarkan melihat proses hukum Hudud dijalankan. Ada sesiapa yang tahu pasal ni?

1 comment:

  1. Hukum Hudud Dijalankan di tempat Awam Pada zaman Pemerintahan Rasulullah..

    ReplyDelete