Wednesday, 7 December 2011

mamat ni main poker menang USD 8.72 bilion

Seorang pemain poker muda profesional dari Jerman berjaya meraih hadiah sebanyak US $ 8.72 bilion setelah memenangi pertandingan judi bertaraf dunia di Las Vegas, Amerika Syarikat walaupun hampir tidak dapat menyertai pertandingan terkini kerana terpaksa menyambung pelajarannya.
Pius Heinz telah mengalahkan peserta bernama Martin Staszko dari Republik Czech. Sebelum sampai ke peringkat akhir, mereka harus melalui pelbagai pertandingan selama enam bulan.
“Jujur saya katakan, saya tidak tahu wang kemenangan ini akan digunakan untuk tujuan apa. Mungkin saya akan membelikan hadiah untuk keluarga saya,” kata lelaki berusia 22 tahun ini seperti dipetik dari Daily Mail.
Perlawanan akhir tersebut disiarkan secara langsung bagi memastikan kedua-dua calon akhir tidak melakukan sebarang penipuan. Heinz yang mendahului pada permulaan pertandingan poker Texas hold ‘em tersebut, namun begitu, Staszko dapat menyamakan kedudukan dengan begitu cepat.
Suasana tegang terasa sepanjang perlawanan, akhirnya Heinz yang menggunakan jaket yang menutup kepala berjaya memperoleh kemenangan. “Ini adalah hari terbaik dalam hidup saya. Saya benar-benar tidak percaya semua ini terjadi, rasanya seperti mimpi,” kata lelaki berambut perang ini mengulas kemenangannya.
Sebelum ini, Heinz sempat mengatakan akan meninggalkan dunia poker untuk kembali menyambung pelajarannyah. Namun pada saat-saat terakhir, dia membatalkan niatnya itu dan melangkah maju ke meja poker dalam kejuaraan akhir tersebut.

No comments:

Post a Comment